Iklan Saya Klik

Wednesday, March 18, 2015

Penentangan Syarif Masahor di Sarawak



                                                         Gambar dari www.loyaburuk.com


Source: http://bit.ly/MstEDF
Source: http://bit.ly/MstEDF
Syarif Masahor merupakan seorang pemimpin yang disegani oleh masyarakat Iban dan Melanau. Beliau dilantik oleh Sultan Brunei sebagai Gabenor Sarikei di Sungai Rajang. Beliau merupakan seorang pembesar yang cekap dan jujur. Pengenalan pentadbiran baru oleh James Brooke menerima tentangan daripada pembesar-pembesar Sarawak. Para pembesar ini berhasrat mengusir orang Eropah keluar dari Sarawak dan mengambil alih kerajaan. Beberapa tindakan James Brooke menimbulkan kemarahan pembesar-pembesar Sarawak, seperti mengambil alih hak memungut cukai dan menghapuskan amalan hamba hutang dan amalan pemburuan kepala. Atas rasa tidak puas hati itulah Syarif Masahor bangun menentang kerajaan Keluarga Brooke.

Pada1853, James Brooke mengambil alih kawasan Sungai Rajang sebagai kawasan kekuasaannya dan membina sebuah kubu di Kanowit. Tindakan Brooke ini menggugat kedudukan Syarif Masahor. Beliau kemudiannya membuat pakatan dengan Datu Patinggi Abdul Gapur untuk mengusir Brooke dari Sarawak. Penentangan Syarif Masahor terhadap pemerintahan James Brooke juga disebabkan pembatasan kuasa dan haknya. Syarif Masahor juga ingin mengembalikan kekuasaan Sultan Brunei yang semakin kehilangan wilayah kerana diambil oleh keluarga Brooke.

Pada 1859, mereka menyerang kubu British di Kanowit. Dua orang pegawai British iaitu Henry Steel dan Charles Fox terbunuh. James Brooke segera bertindak balas menyerang Kanowit. Orang Melayu dan Dayak yang terlibat dalam pembunuhan dua pegawai British itu dihukum mati. Pada 1860, Syarif Masahor membuat persiapan menyerang Kuching melalui laut.

Sekali lagi James Brooke berjaya mematahkan serangan Syarif Masahor dan kapal-kapal perangnya ditenggelamkan. Syarif Masahor sempat melarikan diri ke Brunei. Atas desakan Brooke, Sultan Brunei memerintahkan supaya Syarif Masahor dihantar ke Singapura.Sharif Masahor bekas Gabenor Sarikei dibuang ke Singapura pada dekad 1850-an, dan meninggal dunia pada 1890.

Kegagalan penentangan Syarif Masahor adalah kerana tidak wujud penyatuan di kalangan rakyat Sarawak. Kebanyakan bangsawan Melayu tidak memberi sokongan kepada Syarif Masahor kerana mereka lebih setia kepada Raja Brooke. Oleh itu, Raja Brooke dengan mudahnya dapat meluaskan kuasanya ke daerah- daerah lain.


~ ross ~

11 comments: