Iklan Saya Klik

Wednesday, October 19, 2016

'NYERUK'

         'NYERUK' budaya yang mula bermutasi ke cara yang baru. 'NYERUK' ialah budaya Melayu Sarawak di mana apabila berlakunya keduri kendara. Amalan 'NYERUK' akan di adakan sama ada melalui wakil atau ahli keluarga tersebut. Mereka akan mengelilingi kampung dan akan menjemput mereka untuk pergi ke majlis tersebut.

       'NYERUK' selalunya akan di lakukan selepas Zohor atau Asar di mana ayat yang selalunya akan digunakan adalah seperti ini, "KAMEK WAKIL KELUARGA XXXX INGIN MENYEMPUT KITAK DAN SELURUH KELUARGA KITAK DATANG KE MAJLIS NIKAH ANAK KAMEK DI RUMAH KAMEK AHAD TOK JAM 10 PAGI".

      Masa sudah berlalu, teknologi mula bertukar. Dari jemput rumah ke rumah ke penggunaan telepon, dan sekarang 'NYERUK' di lakukan hanya menggunakan WHATSAPP.

      Namun bila di kenang, NYERUK di masa lalu lebih bermakna bila kita bertentang mata dengan tetamu sambil beramah mesra berbanding dengan penggunaan WHATSAPP.

      Sekian terima kasih, Nukilan Kecil dari SAYA..

Monday, September 5, 2016

Asal Usul Nama Kuching .....


  Terdapat dua teori tentang asal usul nama Kuching. Teori yang pertama ialah dari Kucing atau Pusak dalam bahasa Sarawak. Yang menghairankan nama Kucing tidak pernah di tuturkan oleh orang di Kuching pada masa itu. Ini sekaligus menolok terus teori ini.

  Teori yang kedua pula ialah dari nama sebuah bukit yang bernama Bukit Mata Kucing. Ramai yang berpendapat dari sinilah nama Kuching berasal. Bagi saya teori ini masih boleh di ikuti. Namun tidak begitu tepat bagi saya.

     Dan teori yang terbaru mungkin agak mengejutkan. Nama Bandaraya Kuching berasal dari nama sebuah anak sungai di Sungai Sarawak yang bernama Sungai Kuching. dan mungkin ini yang telah memberi nama Bandaraya Kuching??????

Wednesday, August 10, 2016

Perabangan ... Sedikit Pencerahan..

     Abang di dalam Alam Melayu bermaksud yang paling tua...  Dan yang paling tua semestinya yang paling berwibawa dan penerus tradisi keluarga Melayu.

    Kesinambungan sesuatu Kesultanan selalunya akan di teruskan oleh Abang sulung dan akan menjadi penerus sesebuah kesultanan.

   Meletakkan nama Abang di hadapan sesuatu nama banyak memberi tanda tanya. Apakah yang menyebabkan Perabangan muncul? Atau apakah rahsia di sebalik nama tersebut? Banyak teori yang telah diberikan oleh Ahli Sejarah tentang asal usul Abang. Namun amat sukar bagi saya menerima teori tersebut.

   Perabangan di Sarawak boleh dibahagikan kepada dua jenis. Perabangan yang pertama berasal dari keturunan Merpati Jepang. Keturunannya menguasai kepimpinan di sekitar Kuching Samarahan. Antara pemimpin yang berasal dari keturunan ini ialah Datu Abang Ali, Datu Abang Bolhassan, Temenggung Abang Mersal dll.

      Perabangan yang kedua lebih unik, Perabangan ini berasal dari darah Minangkabau dimana ia berasal dari Dato Godam di mana darahnya adalah campuran Minangkabau, Belanda dan Melayu Brunei. Keturunannya banyak menguasai kepimpinan di Sri Aman, Betong dan sekitarnya. Di antara perabangan yang terkenal ialah Abang Aing dll.

    Sekian sahaja dari saya. Maaf sekiranya ada fakta yang tidak betul.
   




Sunday, February 21, 2016

Bahasa Sarawak Berasal dari Pulau Bangka Belitung?

Tidak di sangka sangka, Bahasa Sarawak mungkin pencampuran pelbagai bahasa. Dan tidak di sangka di Pulau Bangka Belitung. Kedudukannya yang berdekatan dengan Palembang mungkin menguatkan asal usul Datu Merpati ialah dari kepulauan Sumatera.

Apa apapun kita boleh saksikan video ini.


Tuesday, February 16, 2016

Kampung Boyan

Mungkin ada di antara mereka ini sudah lupa akan asal usul nama kampung mereka.
Di sini, saya ingin menghuraikan sedikat asal usul nama kampung mereka.

KAMPUNG BOYAN

Nama kampung di kawasan pinggir Sungai Sarawak ini banyak mengambil dari nama asal usul mereka. Nama kampung Boyan di ambil dari sebuah pulau di utara Pulau Jawa. Pulau itu di kenali sebagai Pulau Bawaen ( Boyan) . Ini adalah kedudukan pulau tersebut.



Masa perpindahan mereka ke Kuching berkemungkinan ketika Polisi Keluarga Brooke yang mula mengambil tenaga kerja dari luar untuk membangunkan Sarawak.

Perjalanan mereka ke Kuching berkemungkinan melalui laut atau melalui darat menggunakan Kalimantan.



Kebanyakan mereka terus menetap di Kuching dan membuka semua kampung di pinggir Sungai Sarawak di namakan Kampung Boyan.