Iklan Saya Klik

Monday, September 21, 2015

Sedikit Bingkisan Mengenai Hubungan Sheikh Haji Othman Abdul Wahab dan Pulau Natuna.



Pulau Natuna adalah sebuah pulau yang terlalu dekat dengan Sarawak. Bahkan, tutur kata mereka ada seperti bahasa Sarawak. Namun sejarah pemutusan nya berlaku ketika konfrantasi Malaysia Indonesia , Bila Malaysia tidak mempedulikan Pulau ini. Pihak Indonesia meletakkan kapal perang mereka dan pulau ini terus menjadi hak milik Indonesia.

Sejarah ekonomi di Natuna, dapat penulis ringkaskan seperti berikut, bahawa:
Di antara syarikat/perusahaan niaga itu yang masih ada sampai sekarang hanyalah Ahmadi & Co. Midai. Ahmadi & Co. Midai dalam masa yang panjang sangat terkenal, kerana mempunyai cawangan di Singapura, yang banyak menerbitkan pelbagai jenis bahan cetakan.
Perlu juga disentuh di sini bahawa di antara sekian ramai yang memasukkan modal/saham dalam Ahmadi & Co. Midai ataupun cawangan di Singapura, terdapat juga pelabur yang berasal dari Patani dan Kelantan.
Dengan berdirinya Cawangan Ahmadi & Co. Midai di Singapura, atas kebijakan ketuanya Raja Ali bin Raja Muhammad Tengku Nong, bermula dari agen kelapa kering (kopra), hasil laut, dan usaha tenunan kain Terengganu, hingga terkenal sebagai mathba'ah/ press dan penerbit.
Secara tidak langsung, ini bererti mewakili keintelektualan masyarakat Tukong Pulau Tujuh atau sekarang disebut Natuna, di gelanggang dunia niaga serantau. Selain itu seorang ulama besar Sarawak yang terkenal di Mekah, iaitu Sheikh Utsman bin Abdul Wahhab Sarawak pernah memiliki sebidang kebun di Pulau Midai yang diurus oleh Ahmadi & Co. Midai.
Jika kita menoleh kebelakang, pelayaran pada zaman silam yang menggunakan tongkong atau wangkang dari negeri China, perahu ukuran besar yang berasal dari Terengganu, negeri Bugis dan penduduk Natuna sendiri yang melalui Laut China Selatan, sudah pasti akan melalui ataupun singgah di Natuna.
Pada zaman penggunaan tongkong/wangkang atau perahu, peranan kepulauan di Laut China Selatan itu adalah sangat penting terutama untuk mendapatkan bekalan air. Lama kelamaan wujudlah perdagangan antara pelbagai daerah. Bahkan ramai orang-orang Terengganu datang di daerah tersebut untuk berniaga menggandar pelbagai jenis kain, dan ia berjalan hingga tahun 1950an. Syarikah Ahmadi & Co. Midai termasuk perintis awal memiliki sebuah kapal di daerah Natuna yang dinamakan Kapal Karang.
Sepanjang sejarah pelayaran, penggunaan kapal untuk daerah Natuna mengalami dua kali tergendala, yang pertama ialah menjelang perang dunia yang kedua dan beberapa tahun sesudahnya. Keduanya pula ialah ketika terjadi Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1963) berjalan terus hingga beberapa tahun sesudahnya.
Pada masa perang dunia yang kedua, barang makanan banyak dibawa dengan perahu dari Kuala Terengganu dan Kuching, Sarawak. Perhubungan dengan Singapura yang menggunakan kapal boleh dikatakan terputus. Ketika konfrontasi terdapat pertukaran makanan secara garam (illegal) dengan Singapura dan pelabuhan kecil Sematan di Sarawak, yang diangkut dengan motor-motor kecil ukuran mulai 4 tan dan yang paling besar hanya 40 tan. Dalam masa konfrontasi pula mulai banyak hubungan perniagaan dengan Kalimantan Barat melalui pelabuhan Singkawang dan Pemangkat dalam Kabupaten Sambas.
Walaupun selama ini betapa peritnya derita, namun akhir-akhir ini Natuna dipandang sangat berpotensi kerana terdapatnya minyak dan gas. Paling penting pula hasil emas hijau, bunga cengkih, yang mengundang kedatangan pengusaha besar dari Jawa ke Natuna.
Datang pula kapal-kapal dari Taiwan, Hong Kong, dan Thailand memburu ikan di laut Natuna, ada yang secara sah (legal) tetapi lebih banyak yang bercorak illegal. Ada perniagaan ikan hidup, ada ikan mati yang diawetkan. Ada yang langsung ditangkap di laut, ada pula tempat-tempat pemeliharaan. Pendek kata dirumuskan bahawa semuanya serba lengkap dan moden.
Aktiviti Agama Islam
Orang-orang Melayu di keseluruhan Natuna adalah sebagai bumiputera yang datang dari pelbagai tempat: Patani, Semenanjung Malaysia, Kampar/Kuantan (Sumatera), Bugis, Banjar, Sambas, Brunei, dan lain-lain, semua mereka adalah beragama Islam, kecuali orang Pesuku masih animisme. Orang China pula masih menurut tradisi mereka.
Bahawa ulama terawal yang menghasilkan karya yang berasal dari Siantan, Natuna, yang dapat dikesan bernama Sheikh Abdul Wahhab Siantan. Karyanya ialah Hikayat Ghulam yang diterjemahkan dari bahasa Arab. Sheikh Abdul Wahhab Siantan adalah guru kepada Raja Ja'far Yang Dipertuan Muda Riau-Lingga ke-6 (1805-1831 M).
Aktiviti penulisan ulama Siantan itu diteruskan lagi oleh dua orang ulama ialah Sheikh Abdullah bin Muhammad Siantan dan yang seorang lagi ialah Sheikh Abdullah bin Abdul Wahhab Siantan. Tidak perlu penulis panjangkan perkara ini kerana pengenalan sejarah mengenai tokoh ulama-ulama tersebut pernah dibicarakan dalam ruangan ini sebelumnya.
Masih ramai ulama dan intelektual Natuna yang belum sempat penulis perkenalkan, namun perlu juga disebutkan bahawa terdapat ulama Natuna yang pernah mengajar di Masjid al-Haram Mekah, seperti Sheikh Muhammad Nasir Pulau.
Salah seorang tokoh pejuang politik Riau yang paling menonjol pada zamannya, ialah Raja Haji Muhammad Yunus Ahmad, iaitu anak kelahiran Pulau Midai, Natuna. Beliau pernah menyelesaikan sebuah karangannya berjudul Panduan Taruna di Ranai, ibu kota Natuna.
Kesimpulan
Dari gambaran di atas, dapat penulis simpulkan bahawa Natuna boleh menjadi satu kawasan perdagangan bersama antara Malaysia, Indonesia dan Thailand yang membentang dari Patani, Kelantan, Terengganu, Natuna dan Sarawak.
Hal ini barangkali dapat kita bandingkan dengan SIJORI (Singapura-Johor-Riau) ataupun seperti kawasan ekonomi di Utara Malaysia yang melibatkan Malaysia, Thailand dan Indonesia. Penghasilan Kabupaten Natuna terutama minyak dan gas juga dapat dimanfaatkan oleh masyarakat Kabupaten Natuna bagi meningkatkan taraf ekonominya.
Oleh kerana dalam Kabupaten Natuna majoriti penduduknya adalah beragama Islam, maka penanganan kepentingan Islam perlu lebih diutamakan dari semua kepentingan dan pembangunan selainnya.
Jika kita menoleh sejarah zaman silam, sejak pemerintahan asal Datuk Kaya hingga bergabung dengan Kesultanan Riau-Lingga-Johor dan Pahang adalah berperanan aktif dalam memasyarakatkan agama Islam


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm#ixzz3mMICivoR 
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tuesday, August 25, 2015

Tanah Ketemenggungan di Sarawak

Apa maksud Ketemenggungan?  Siapa Ketemenggungan?  Ada Temenggung ka di Sarawak. Mungkin itu persoalan yang bermain di fikiran orang Sarawak.
Temenggung adalah jawatan yang diberi oleh Sultan Sultan Brunei kepada anak cucu Datu Merpati Jepang untuk menjaga kawasan utara Kuching.
Banyak jasa Temenggung di dalam Sejarah Sarawak dari Sarawak yang kecik sehingga ke Sarawak ke hari ini.
Salah seorang Temenggung yang terkenal ialah Temenggung Abang Mersal dan anaknya Abang Pata.  Di percayai hubungannya dengan Brooke tidaklah semesra yang di nyatakan kerana Brooke tidak mahu mempercayai mereka 100%.
Namun, pergaduhan kebakaran bandar Kuching,  dimana Cina dari bau menyerang bandar Kuching menidakkan semua ini.   Ini kerana Abang Pata telah datang dari kawasan Telaga Air menyelamatkan Brooke dari di bunuh oleh mereka.
Juga pernah saya terbaca.  Temenggung Mersal dan anaknya Abang Pata lah yang pergi ke Singapura untuk memujuk James Brooke membantu mereka melawan penindasan pemungut cukai Brunei.
Sebelum dari itu,  mereka pernah menemui Belanda dan berharap Belanda campur tangan di dalam politik Sarawak ketika itu.
Ok.  Kalau orang tanya di mana tanah Temenggung.  Saya akan menjawab tanah Temenggung ialah dari Lundu,  Telaga Air,  Santin,  Terombol,  Santubong, Pasir Panjang. Pulau2 di sekitarnya dan mungkin juga Pulau Serasan.  (mungkin jika ada bukti di arkib atau arkib di Brunei, mungkin kita boleh mengambil balik pulau ini).
Sekian, terima kasih dari saya. Salam kemerdekaan.

Friday, April 24, 2015

Sejarah Kuil Sri Maha Mariaman Matang

Kuil Sri Maha Mariaman Matang yang merupakan kuil Hindu tertua di negeri ini kini hampir siap sepenuhnya selepas menjalani kerja-kerja pemuliharaan.

Kerja-kerja tersebut yang mula dijalankan pada 2007 menurut jawatankuasa khasnya menelan belanja sebanyak RM500,000.

Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Yong Khoon Seng, kuil tersebut dibina pada 1890-an semasa pemerintahan Vyner Brooke untuk pekerja-pekerja ladang teh dari India.

“Kuil ini dibina sebagai tempat sembahyang untuk pekerja-pekerja dari India yang bekerja di ladang teh.

“Namun demikian, pada 1912, ia (kuil) mula tidak lagi digunakan apabila ladang teh tidak lagi beroperasi dan semua pekerja meninggalkan ladang tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa majlis perasmian kuil tersebut,semalam.

Menurutnya, kuil tersebut kemudiannya dijumpai kembali pada 1968 setelah hilang dari pengetahuan masyarakat Hindu.

Menurut artikel Sarawak Gazzete (30 Jun 1979), masyarakat Bidayuh Matang tahu kedudukan kuil tersebut tetapi mereka tidak tahu bahawa penganut Hindu mencari lokasi kuil tersebut.

Lokasi kuil tersebut dijumpai setelah seorang pemburu berbangsa Bidayuh/Melanau berteduh dari ribut di kuil tersebut pada 1968.

Dia dikatakan membawa balik patung gajah dan dikembalikan pada keesokan harinya atas sebab-sebab tertentu dan peristiwa itu diketahui oleh masyarakat Hindu Matang.

Kuil tersebut kemudiannya dibuka untuk upacara sembahyang pada 4 Disember 1970 dan atas permintaan masyarakat Hindu, ia diambil alih oleh Persatuan Kuil Hindu pada 1976 dan diuruskan oleh sebuah jawatankuasa khas sehingga kini.

Dalam pada itu, semalam, kira-kira 300 penganut agama Hindu dari bandar raya ini mengadakan upacara ‘Maha Kumbbabisegam’ di kuil tersebut bagi memperingati pelopor penanam teh.

Selain itu, upacara tersebut turut bertujuan untuk memperingati Rejimen Punjabi yang pernah berkhidmat di negeri ini suatu masa dahulu.

“Selain mengimbau kenangan sejarah, ia (upacara) juga mengingati sumbangan pasukan keselamatan yang bergelar Rejimen Punjabi.

“Rejimen Punjabi tersebut merupakan sebuah komponen yang merangkumi orang India dan juga orang Eropah dan merupakan sebahagian daripada India,” menurut kenyataan dikeluarkan oleh pihak Persekutuan Pelancongan Sarawak (STF).

STF turut serta dalam upacara tersebut dalam usaha mempromosikan warisan tinggalan sejarah.

Menurut keyataan itu lagi, rejimen tersebut telah dihantar bertugas ke negeri ini pada awal 1940 di bawah perjanjian British 1888 berikutan pengisytiharan Sarawak sebagai negeri yang berdaulat oleh British pada 13 jun 1888.

“Mereka (rejimen) ditugaskan untuk menjalankan tugas keselamatan strategik dan berkaitan dengan pertahanan Sarawak dan membantu pasukan sukarela untuk bertempur dengan tentera Jepun semasa perang dunia kedua.

“Ramai antara mereka terkorban di kem tahanan di Batu Lintang dari 1942 sehingga 1945,” menurut kenyataan tersebut.

Majlis semalam sangat bertuah kerana turut diserikan dengan kehadiran cucu dan cicit Rajah Brooke iaitu James Lionel Brooke dan Jason Brooke untuk memperingati sejarah kuil tersebut.

Sumber : Borneo Post

Monday, March 23, 2015

Kisah Datuk Abang Pata

Cerita ini di tulis oleh adik bekas Datuk Bandar Kuching Utara Abang Atei Abang Madaan. Klik link di bawah.

Kisah Datu Abang Pata

Wednesday, March 18, 2015

Salasilah Nakhoda Baso'

Salasilah Nakhoda Baso' (Raja Basok-ahli Kerabat Kesultanan Melayu-Bugis Riau) berhijrah ke Swak memohon suaka politik ketika itu selepas perang dgn Belanda 1804. Beliau berbini Dyg Pondok Bt Abg Pulang Bin Datu Moh (Minangkabau)..beranak Hj Mohd Aim @ Mataim (Abg Hj Mataim), Dyg Sendet, Abg Lahab & Nakhoda Yi'ee..(1) Abg Hj Mataim berbini Lipah Bt Abg Rahmat beranakkan Dyg Zubaidah, Dyg Seri, Hj Lana, Ismail & Abd Hamid dan dgn bini ke-2, Milah beranakkan Hj Hamzah, Hj Mustapha & Fatimah..(2) Dyg Sendet berlaki Talib Bin Daeng Wa' Baso' beranakkan Seman, Hj Bakar, Matassan, Samad & Alikassim..(3) Abg Lahab berbini Dyg Madusiah bt Abg Razak Bin Patinggi Hashim beranakkan Dyg Selabiah dan dgn bini ke-2, Dyg Minda Bt Temenggong Mersal beranakkan Dyg Jeliah, Abg Hj Taha Pilos, Dyg Piah, Bakar Silo', Sihah & Jamilah..(4) Nakhoda Yi'ee berbini Dyg Rokiah Bt Bungsu Lamit (Abg Lamit) beranakkan Abg Hj Abd Rahim (Sibu), Dyg Khadijah, Dyg Kamaliah & Abg Mohd Sachoi.. Abg Hj Abd Rahim menurun Datu Patinggi Abg Mohd Arif dll..Dyg Khadijah berlaki Abg Omar Bin Datu Patinggi Hj Abd Ghapor beranak antara lain Abg Shapiee iaitu bapa TYT Pertama Swak Tun Abg Hj Openg. Ada kaitan dgn susurgalur Dato Godam.

IMAM HAJI MURSYIDI TOKOH MUSLIM SARAWAK

Dari seluruh pelusuk Nusantara Melayu,begitu ramai ulama-ulama yang menyinar dunia, bagaikan bintang yang menghiasi malam menjadi petunjuk kepada pengembara.Negeri Sarawak yang dikenali sebagai Bumi Kenyalang tidak kurang ulama yang berasal dari sana, selain dari Syeikh Usman Bin Abdul Wahhab As-Sarawaqi yang masyur. Kali ini diperkenalkan pula titihan keilmuan ulama Sarawak itu, yang dimaksudkan di sini ialah Datuk Hakim Imam Abang Haji Mursyidi bin Abang Haji Nuruddin bin Datuk Bandar Bolhasan. Nasab dari sebelah ibunya pula, bahawa ibunya bernama Dayang Aisyah binti Abang Pata bin Temenggong Marsal.
Abang Mursyidi dilahirkan di tengah-tengah Bandar Kuching, iaitu dekat Masjid India, Jalan Gambir, Kuching. Kerana beliau dilahirkan berhampiran dengan tempat peribadatan Islam, maka tidak diragukan bahawa Abang Mursyidi sejak kecil lagi telah berjinak-jinak dan mesra dengan tatacara hidup tradisi umat Islam. Dengan demikian ia membentuk keperibadiannya sepanjang hayat hinggalah beliau menemui ajalnya. Abang Mursyidi lahir pada tahun 1294 Hijrah/1877 Masihi, wafat pada hari Ahad, 29 Jamadilawal 1358 Hijrah/16 Julai 1939 Masihi.


PENDIDIKAN

Abang Mursyidi melanjutkan pengajiannya di Mekah. Dipercayai beliau belajar kepada beberapa orang ulama yang mengajar di Masjidul Haram, Mekah terutama Syeikh Usman bin Abdul Wahhab Sarawak kerana sama-sama berasal dari tempat yang sama.

Abang Mursyidi juga sempat mengikuti pelajaran yang diberikan oleh guru kepada gurunya, Syeikh Usman bin Abdul Wahhab Sarawak seperti Syeikh Ahmad al-Fathani, Sayid Bakri Syatha dan lain-lain. Beliau belajar kepada ulama-ulama yang tersebut dipercayai di bawah dua orang ketua tela`ah, iaitu Syeikh Usman bin Abdul Wahhab Sarawak dan Tok Kenali Kelantan.

Ulama yang telah diceritakan riwayatnya di dalam ruangan ini yang sebaya dengan Abang Mursyidi (lahir 1294 Hijrah/1877 Masihi), yang sama-sama belajar di Mekah ialah Syeikh Muhammad Sa'id, Negeri Sembilan (lahir 1292 Hijrah/1875 Masihi), Haji Abu Bakar bin Haji Hasan Muar, Johor (lahir pada tahun 1292 Hijrah/1875 Masihi), Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani (1293 Hijrah/1876 Masihi), Haji Muhammad Sa'id Yan, Kedah (lahir 1294 Hijrah/1877 Masihi), Haji Umar Besut (lahir 1295 Hijrah/1878 Masihi).

Memperhatikan tahun kelahiran ulama-ulama yang tersebut, maka yang benar-benar sama tahun lahir dengan Abang Mursyidi Sarawak ialah Haji Muhammad Sa'id Yan, Kedah. Kedua-duanya lahir pada tahun 1294 Hijrah/1877 Masihi.

Abang Mursyidi ketika di Mekah lebih banyak belajar kepada Syeikh Usman bin Abdul Wahhab Sarawak (lahir 1281 Hijrah/1864 Masihi) dan ulama-ulama sebaya dengannya, antaranya ialah Syeikh Daud bin Mustafa al-Fathani (lahir 1283 Hijrah/1866 Masihi), dan ramai lagi.

Selain belajar kepada dua orang ulama dunia Melayu yang sebaya umurnya, Abang Mursyidi juga belajar kepada ulama dunia Melayu yang lebih tua, yang sangat masyhur namanya ialah Syeikh Muhammad Mukhtar bin Atarid Bogor (lahir 1278 Hijrah/1862 Masihi). Beliau juga belajar kepada ulama-ulama bangsa Arab, antaranya Syeikh Muhammad Sa'id Babshail, Mufti Mazhab Syafie di Mekah pada zaman itu.
"...beliau tidak mengabaikan dan melalaikan tanggungjawabnya sebagai ulama penyebar ilmu mengajar di masjid dan madrasah yang diasaskannya. "
AKTIVITI

Setelah memperoleh ilmu-ilmu teras keIslaman di Mekah, Abang Mursyidi pulang ke Kuching. Peringkat awal kepulangannya, beliau dilantik menjadi imam, khatib dan guru agama. Ketiga-tiga jawatan itu dilaksanakannya di Masjid India, iaitu masjid kawasan yang berdekatan kelahirannya.

Sebagai seorang guru agama di masjid, di surau dan di rumah, Abang Mursyidi nampaknya belum begitu puas, lalu dalam tahun 1917 Masihi dilanjutkannya dengan mendirikan sebuah madrasah yang dinamakan dengan Al-Madrasatul Mursyidiyah.

Madrasah yang diasaskan oleh Abang Mursyidi tersebut merupakan madrasah pertama di Kuching, bahkan yang pertama di negeri Sarawak. Nama Mursyidiyah diberikan adalah sempena nama Abang Mursyidi, namun beliau adalah seorang warak yang tidak suka menonjolkan diri, senantiasa mengelakkan diri daripada riyak, barangkali kerana itulah tindakan beliau selanjutnya menukar nama madrasah tersebut daripada Al-Madrasatul Mursyidiyah menjadi Al-Madrasatul Islamiyah.

Untuk lebih memperkemas pendidikan Islam bagi kaum perempuan, Abang Mursyidi bersama dua orang sahabatnya, Datuk Petinggi Abang Haji Abdullah dan Abang Haji Bolhasan telah berhasil mendirikan tempat pendidikan itu. Tempat pendidikan perempuan dalam bidang al-Quran, akidah, fikah dan lain-lain pengetahuan Islam asasi yang mereka dirikan itu dikenali dengan nama Sekolah Kajang.

Aktiviti Abang Mursyidi sebagai seorang Datuk Hakim, diriwayatkan bermula pada 23 Februari 1925. Dalam masa yang sama dilantik juga sebagai Supreme Council dan Council Negeri. Kemudian diangkat pula dengan gelar Datuk Imam pada 1 Julai 1932. Dilantik menjadi pengadil darjah yang keempat pada 1 Ogos 1933.

Beliau menjadi ahli jawatan Lembaga Peperiksaan bagi pegawai-pegawai tinggi kerajaan pada 26 September 1936. Memperhatikan maklumat tersebut bererti Abang Mursyidi adalah seorang ulama yang sangat aktif dalam seluruh sektor aktiviti kepentingan pentadbiran dan kemajuan kerajaan negeri Sarawak pada zamannya.

Selain aktiviti-aktiviti yang tersebut di atas, Abang Mursyidi bersama beberapa orang ulama di Sarawak menubuhkan Majlis Syuyukhil Islami. Kemudian pada 1 Mei 1955 nama itu bertukar menjadi Majlis Agama Islam Sarawak. Mereka yang dianggap sebagai pengasas pertubuhan tersebut ialah Datuk Hakim Imam Haji Mursyidi sebagai pencetus idea dan sebagai ketua pertubuhan. Sebagai anggota ialah Mufti Abang Haji Nawawi, Tuan Haji Burhan, Abang Haji Julaihi, dan Tuan Haji Muhammad Saleh.

Langkah Abang Mursyidi dalam memperjuangkan pendidikan Islam dan lain-lain kepentingan Islam dan suku kaum Melayu di Sarawak dalam zaman penjajah Inggeris ketika itu adalah dipandang sangat bijak yang tidak akan ditemui pada peribadi yang tidak bertanggungjawab terhadap agama Islam yang dianutnya, negeri kelahiran dan bangsanya.

Walaupun Abang Mursyidi adalah Datuk Imam dan Datuk Hakim, kemungkinan kedudukan yang tertinggi untuk orang Islam dan Melayu di bumi Sarawak yang sedang dijajah oleh Inggeris ketika itu, namun beliau tidak mengabaikan dan melalaikan tanggungjawabnya sebagai ulama penyebar ilmu mengajar di masjid dan madrasah yang diasaskannya.

MURID-MURIDNYA

Ramai murid Datuk Hakim Imam Mursyidi yang menjadi ulama dan tokoh di Sarawak. Mereka adalah generasi penerus penyebaran Islam. Sama ada murid-murid Datuk Hakim Imam Haji Mursyidi sendiri atau pun murid-murid Al-Madrasatul Islamiyah yang beliau asaskan menurunkan murid yang ramai pula, sambung bersambung sampai sekarang ini.

Bererti pahala amal jariyah untuk Datuk Hakim Imam Haji Mursyidi berjalan terus kerana ilmu bermanfaat yang disebarkan dan madrasah tempat belajar ilmu yang diwakafkan.

Antara murid Datuk Hakim Imam Mursyidi yang sempat penulis temui berulang kali (tahun 1976 di Johor Bahru, terakhir di Kuching, tahun 2003) ialah Haji Ataillah bin Syeikh Zainuddin as-Sarawaqi.

Beliau adalah cucu Syeikh Usman Sarawak yang sangat terkenal itu. Daripada Tuan Haji Ataillah, penulis banyak memperoleh maklumat tentang ulama Sarawak terutama datuknya Syeikh Usman Sarawak dan Haji Mursyidi yang diriwayatkan ini.

Ada hal menarik yang masih dalam penelitian penulis, bahawa antara orang yang terdekat hubungan dengan Datuk Hakim Imam Haji Mursyidi adalah seorang ulama yang berasal dari Sarawak bernama Haji Muhammad Saleh Sarawak. Penulis belum dapat mempastikan apakah pada zaman yang sama terdapat beberapa orang ulama Sarawak yang bernama Haji Muhammad Saleh atau hanya seorang.

Diriwayatkan bahawa Haji Muhammad Saleh (belum diketahui nama orang tuanya) turut bersama Datuk Hakim Imam Haji Mursyidi mengasaskan Majlis Syuyukhil Islami atau yang kemudian dinamakan Majlis Islam Sarawak. Haji Muhammad Saleh ini belum diketahui secara jelas apakah murid beliau atau pun sahabatnya.

Ada lagi yang bernama Haji Muhammad Saleh Arif, beliau benar-benar murid Datuk Hakim Imam Haji Mursyidi. Haji Muhammad Saleh Arif diriwayatkan adalah seorang ulama yang suka merantau dan pernah sampai ke Sambas, Kalimantan Barat.

Dengan maklumat di atas, penulis masih tertanya-tanya, kerana adalagi seorang ulama Sarawak bernama Haji Muhammad Saleh yang hidup sezaman dengan Datuk Hakim Imam Haji Mursyidi yang menyebarkan Islam di Kalimantan Barat. Haji Muhammad Saleh ini sangat terkenal, merantau dan menguasai penyebaran Islam di beberapa tempat yang berjauhan, dan meninggalkan keturunan pula. Tempat-tempat Haji Muhammad Saleh Sarawak pernah mengajar yang pernah penulis jejaki ialah Pontianak, Ketapang, Sintang, Semitau dan Sungai Bundung (Mempawah).

Oleh kerana terkenalnya ulama Sarawak itu, maka penulis pernah berjalan kaki mulai Sambas, Seluas, memasuki Jagoi Babang ke Serikin seterusnya sampai Kuching awal tahun 1970. Maklumat yang diperoleh di Kuching tentang beliau tidak seimbang dengan jerih payah merentas sungai dan jalan kaki yang demikian jauh.

KEKELUARGAANNYA

Datuk Hakim Imam Haji Mursyidi mempunyai 8 orang adik beradik; Abang Ikram, Abang Saad, Abang Asnawi, Abang Haji Azhari, Abang Juwaini, Datuk Hakim Imam Abang Haji Mursyidi, Dayang Jinu dan Dayang Atut.

Beliau mendirikan rumah tangga beberapa kali dan meninggalkan anak dan zuriat. Perkahwinan yang pertama dengan Dayang Yong binti Abang Haji Matusin bin Patinggi Gapur, memperoleh seorang anak, Abang Fadail. Setelah isteri yang pertama meninggal dunia, Abang Mursyidi berkahwin lagi dengan Dayang Hafidah dan memperoleh 8 orang anak; Abang Zainurin, Abang Muhammad Zain, Abang Syafi'ie, Abang Usman, Dayang Munah, Abang `Abdul Malik, Dayang Minah dan Dayang Diyun. Setelah Dayang Hafidah (isteri kedua) meninggal dunia, Abang Mursyidi berkahwin pula dengan Dayang Siah tetapi tiada memperoleh anak.

Daripada maklumat di atas dapat diambil kesimpulan bahawa Datuk Hakim Imam Abang Haji Mursyidi mempunyai ramai adik beradik dan ramai anak dan keturunan.

Al-Fatihah untuk almarhoum Syeikh...Al-Faaaatihah.

-Artikel diambil dari karya Sheikh Wan Mohd Saghir di Utusan Malaysia 09/08/2004
-Gambar Iman Haji Mursyidi diambil dari blog bahrusshofa
 http://muhibmahbub.blogspot.com/2008/05/imam-haji-mursyidi-tokoh-muslim-sarawak.html

Cerita Abang Abdul Pata

Abang Abdul Pata merupakan anak kedua Datu Temenggong Abang Mersal dari isteri beliau yang pertama. Sebagai seorang muda Abang Pata dikatakan mempunyai sikap suka menjalajah kehutan belantara dan lautan mencari hasil-hasil hutan dan laut secara persendirian. Kadang kala beliau juga bertapa digua-gua sekeliling Bukit Siol dan Gunung Santubong sambil mengamalkan ilmu mempertahankan diri. Sedikit sebanyak beliau mendapat ilmu tersebut daripada ayahanda beliau yang merupakan seorang kebal dan berani. Adalah diceritakan juga Abang Pata membawa bekal makanan untuk beberapa hari semasa bertapa. Tiada dikatahui apa ilmu yang beliau tuntuti dan dengan siapa beliau berguru semasa bertapa. Adalah dipercayai Abang Pata mempeolehi ilmu yang membenarkan beliau berhubung dengan orang bunian atau orang ‘kebenaran’ dan memeliki ilmu gharib. Dengan kata lain beliau boleh menghilangkan diri daripada penglihatan orang.

Adalah diceritakan Abang Pata menetap di Santubong selepas mendirikan rumah tangga dengan isteri beliau pertama benama Dayang Ra’biah. Mereka dikurniakan dua orang anak, seorang anak perempuan bernama Masruja atau Saroja dan anak lelaki bernama Abang Osman. Selepas anak perempuan beliau meninggal dunia dalam usia muda, mereka tidak lagi mendapat anak. Merasa agak sedih beliau pun belayar untuk menyenangkan hati ke pulau-pulau di perairan Sarawak hinggalah ke Tanjung Datu. Kemudian beliau belayar menuju ke Pulau Serasan yang berada diantara Tanjung Datu dan Pulau Bunguran di Lautan China Selatan (Natuna Archipalago). Di sanalah beliau menghawini gadis tempatan bernama Masmutu sebagai isteri kedua.. Mereka hanya dikurniakan dengan seorang anak lelaki bernama Abang Abdul Rahman. Apabila anak mereka sudah meningkat umur, maka dibawa Abang Pata keluarganya balik ke Santubong. Oleh kerana ingin sangat untuk mendapat anak perempuan, maka Abang Pata pun diizinkan oleh ister-isteri beliau untuk mengahwini Dayang Sa’diah. Atas kehendak Illahi, Abang Pata dikurniakan lima orang anak bernama Abang Bostan, Dayang Aishah, Dayang Hasyiah, Abang Brahim atau Ibrahim dan Abang Haji Yahya.

Tidaklah dikatahui sama ada Abang Pata dilantik menjadi Ketua Kampung Santubong pada masa itu atau tidak. Akan tetapi beliau amat dihormati oleh penduduk kampung, mungkin oleh kerana beliau anak kepada Datu Temenggong Abang Mersal, wakil pentadbir kerjaan Brunei pada masa itu. Walau bagaimana pun Abang Pata gemar belayar di rantau lautan Santubong menagkap ikan dan menghalang kegiatan lanun yang memang berlaluasa pada masa itu. Kegiatan lanun berkembang oleh sebab kegiatan peniagaan pada masa itu semakin maju. Bob Recee dalam buku beliau ada menyatakan bahawa sebuah kapal layar British telah ditawan oleh lanun dari Sambas berhampiran dengan Pulau Satang Besar pada tahun 1811. Bukan itu sahaja lanun juga pernah menceroboh kampung-kampung di peairan wilayah Sarawak yang menyebabkan orang hidup dalam ketakutan. Abang Pata dengan beberapa pengikutnya belayar dari Santubong ke pulau-pulau Satang dan Talang-talang bagi membentras cubaan lanun hendak merompak kapal pedagang dan sebagainya. Adalah diceritakan Abang Pata dengan kuasa gharib beliau dipercayai ‘melompat’ dari Santubong ke pulau-pulau berhampiran dan dengan sekelip masa dapat mengagalkan cubaan lanun hendak merompak. Ini membuat lanun amat marah dan nekad hendak membunuh Abang Pata.

Oleh yang demikian lanun pun membuat rancangan dan mengingtip pergerakan Abang Pata dan pengikutnya. Pada masa itu juga Abang Pata dengan dua orang anak beliau yang telah dewasa iaitu Abang Osman dan Abang Abdul Rahman mengusaha kebun kelapa di Pulau Talang-talang dan juga di Pulau Satang Besar serta dibantu oleh penduduk Bidayuh dari Sematan dan Lundu. Maka lanun pun bermaufakat untuk memperangkapkan Abang Pata semasa beliau dan pengikutnya berada di Pulau Talang-talang. Pulau tersebut agak jauh dari tanah besar dan tidak mudah Abang Pata dapat melepaskan diri atau pun mendapat pertolongan. Jadi para lanun pun membuat pesiapan dan menunggu masa yang sesuai untuk menyerang Abang Pata di Pulau Talang-talang.

Masa ditunggu pun tiba, maka para lanun pun menuju ke pulau tersebut sebelum subuh apabila orang semua masih nyenyak tidur. Apabila sampai, pulau tersebut pun diawasi dari setiap penjuru supaya tiada siapa boleh dapat melarikan diri. Apabila pengikut Abang Pata melihat para lanun sudah berada ditebing pasir, maka mereka pun bertakutan oleh kerana melihat bilangan lanun begitu ramai. Oleh kerana tiada apa yang mereka boleh buat hanya cuba mempertahankan diri. Para lanun yang berada di pasir bersiap sedia menunggu arahan untuk menyerang daripada ketua mereka. Sambil menunggu, pengikut Abang Pata pun bertanya sesama sendiri dimanakah Abang Pata berada pada masa itu. Tidak dikatahui oleh sesiapa Abang Pata telah pun berada dalam kabin bathera ketua lanun. Mereka yang berada dalam bahtera tersebut hanya mendengar suara ketua mereka sedang bercakap-cakap dengan seseorang yang mereka tidak kenali. Tiada siapa diantara mereka telah diarah oleh ketua lanun untuk masuk kedalam kebin. Jadi mereka pun berasa hairan siapa agak gerangan orang yang sedang berbincang dengan ketua mereka dengan suara yang agak kuat mencerminkan kemasraan diantara kedua orang tersebut. Mereka mendengar dengan jelas ketua lanun ketawa dengan begitu lantang seolah-olah kedua manusia itu baru berjumpa selepas berpisah sekian lama. Maka keadaan berjaga-jaga dan tegang bertukar menjadi tenang dan menghairankan yang lain apabila melihat suasana yang demikian.

Tidak berapa lama kemudian timbulah dua orang manusia daripada kebin. Seorang daripada mereka ialah Abang Pata, musuh yang lanun kehendaki. Apabila melihat kedua-dua mereka begitu mesra bercakap-cakap seperti dua sekawan, maka para lanun dan juga pengikut Abang Pata berasa hairan apa sebenar yang telah belaku dalam masa yang singkat penuh dengan debaran, tegang bercampur dengan perasaan takut. Kini keadaan telah bertukar sebaliknya. Ketua lanun yang memang berwatak ganas, garang dan tidak berperikemanusiaan telah bertukar menjadi seorang yang periang, peramah dan berbudi bahasa. Inilah yang menakjubkan. Walau bagaimana pun suasana telah bertukar menjadi tenang dan perhatian semua tertumpu kepada dua manusia yang bermusuhan. Selepas bersalam-salaman ketua lanun pun mengarah pengikutnya siap sedia untuk berundur dari pulau tersebut. Maka semua yang hadir berasa hairan dan tertanya-tanya apa yang telah berlaku selepas berminggu-minggu membuat persiapan untuk membunuh Abang Pata yang berakhir dengan tanpa mencapai maktalamat. Bagi pengikut Abang Pata mereka merasa bersyukur kerana tiada tumpah darah berlaku. Itulah kehebatan Abang Pata yang menjadi lawan sebagai kawan. Selepas kejadian itu tidaklah berlaku apa-apa pencerobohan dan rompakan di kawasan di wilayah Sarawak dimana Abang Pata telah dikenali memunyai kepentingan.

Cerita Abang Pata amat menakjubkan. Selain mempunyai tiga orang isteri, beliau juga dikatakan beristeri dengan Puteri Gunung Sejenjang yang bernama Puteri Nila Kasuma. Oleh kerana sayang dan setia dengan Abang Pata, puteri tersebut menjelma sebagai se ekor kucing yang amat comel, manja dan cantek. Dengan berbuat demkian Puteri Nila Kasuma dapat bersama suami beliau sepanjang masa. Ini membuat isteri Abang Pata ketiga iaitu Dayang Sa’diah merasa marah kepada suami beliau kerana mementingkan se ekor kucing peliharaan lebih daripada isteri-isteri beliau yang lain. Pada satu hari Dayang Sa’diah hilang sabar melihat tabi’at Abang Pata begitu sayang dan lebih mengambil perhatian terhadap Puteri Nila Kasuma. Dayang Sa’diah pun mengambil kucing tersebut dan terus membalingkan keluar dari rumah. Di samping itu juga Dayang Sa’diah memecah sebuah tampayan yang berisi minyak kelapa yang telah dihadiahkan oleh Puteri Nila Kasuma kepada suami beliau. Tidak dikatahui oleh sesipa bahawa tampayan itu adalah tampayan sakti. Apa-apa juga yang diisi didalamnya tidak akan menjadi habis. Dengan sebab itulah minyak kelapa yang disimpang oleh Dayang Sa’diah dalamnya tidak habis-habis walaupun banyak mana telah diambil dan dijual. Sekiranya wang dan emas disimpang tentu sekali keturunan Abang Pata menjadi kaya raya sehingga anak cucu.

Selepas kejadian iitu Puteri Nila Kasuma tidak lagi menjelma dan adalah dipercayai puteri tersebut telah kembali ditempat asalnya di Gunung Sejenjang. Dan juga orang-orang kampung pun bermimpi iaitu keturunan Abang Pata tidak akan menjadi kaya didunia kerana telah ‘membuang’ rezeki daripada tampayan sakti itu. Kerana tersangat sedih Abang Pata pun membawa diri ke Pulau Talang-talang bersama anak beliau dua orang yang telah dewasa. Di sana mereka mengusahakan kebun kelapa disamping memungut telur penyu waktu laut tidak bergelombang. Hasil buah kelapa dan juga telur penyu dibawa mereka ke Kuching untuk mendapat sedikit pendapatan. Apabila anak-anak Abang Pata telah cukup dewasa, maka beliau membahagikan hartanah di Pulau Talang-talang kepada dua anak beliau yang bernama Abang Osman dan Abang Abdul Rahman. Manakala Pulau Satang Besar dan satu pertiga dari hasil telur penyu diberi Abang Pata kepada James Brooke. Adalah diceritakan bahawa orang tempatan yang pertama dijumpa James Brooke setibanya di Tanjung Datu pada 1hb Ogos 1839 dan kemudian singgah di Pulau Talang-talang untuk memperbetulkan halatuju kompas dan carta pelayaran ialah Abang Pata. Beliaulah membantu James Brooke ke Santubong dan seterusnya ke Kuching untuk berjumpa dengan Raja Muda Hashim dua minggu kemudian.

Mungkin dalam perjumpaan yang amat singkat itu telah membuah satu persahabatan yang erat diantara mereka berdua. Dan apabila James Brooke menguasai wilayah Sarawak mugkin Abang Pata mendapat layanan yang istemewa daripada James. Adalah tidak manasabah memikirkan bagaimana Abang Pata boleh begitu murah hati hendak memberi hartanah kepada James Brooke yang langsung tidak ada kaitan darah sama sekali dengan Abang Pata. Pulau Sampadi pula telah diberi Abang Pata kepada Residen Bahagian Kuching pada masa itu.

Apabila Abang Pata menjadi tua beliau pun menetap di Kuching dan meninggalkan urusan kebun kelapa dan hasil telur penyu kepada dua orang anaknya yang menetap di Pulau Talang-talang. Selepas Abang Pata meninggal dunia semua hartanah di Pulau tersebut dimiliki oleh Abang Osman dan Abang Abdul Rahman dan begitu juga hasil jualan telur penyu. Apabila Abang Abdul Rahman sudah cukup mengumpul duit daripada penjualan hasil pulau tersebut termasuk penjualan beberapa bidang tanah, maka beliau pergi menunai Rukun Islam ke lima menunaikan haji ke Tanah Suci. Maka segala urusan hartanah dan telur diserah kepada Abang Osman. Maklumlah masa dahulu menunai Haji mengambil masa berbulan-bulan lamanya. Atas timbul salah faham Abang Osman tidak ada menghantar satu pertiga bahagian telur penyu kepada James Brooke. Maka ini membuat James Brooke tidak senang hati dan mengarah Datu Temengggong Abang Matassan, iaitu adik tiri Abang Pata menyiasat apa yang telah berlaku. Memandangkan bahawa telur penyu adalah anugerah Tuhan dan bukan hasil titik peluh Abang Osman, maka Datu Temenggong Matassan berpendapat supaya hasil tersebut dinikmati oleh orang ramai. Beliau pun membuat satu cadangan supaya hasil daripada telur penyu diguna sebagai dana untuk kebajikan orang-orang Islam pada masa itu, terutama sekali untuk mendiri masjid dan madrasah. Maka kerjaan James Brooke pun bersetuju atas cadangan itu. Seperti dikatahui hingga sekarang hasil telur penyu adalah diguna untuk maksud yang sama apabila Rang-Undang-undang Lembaga Penyu Negeri Sarawak dilulus pada tahun 1957. Kemudian atas budibicara Datu Temenggong Matassan hartanah di Pulau Talang-talang Besar dan Kecil dibahagi sama-sama termasuk lima orang anak Abang Pata dari isteri beliau yang ketiga. Jadi kedua-dua pulau Talang-talang pada masa sekarang adalah diwarisi oleh keturunan Abang Pata.

Menyentuh cerita Bukit Sejenjang, ada cerita menyatakan Bukit tersebut mendapat nama daripada seorang nakhoda Cina yang bernama Sin Jin Jong. Mula-mula nama bukit ini ialah Lidi Balu manakala Gunung Santubong bernama Lesong Balu. Pada satu ketika zaman dahulu Bukit Sejenjang ialah sebuah gunung seperti juga Gunung Santubong. Kedua-dua gunung tersebut dihuni oleh dua puteri orang bunian yang rajin berkerja dan cantek manis. Puteri Santubong berusaha dalam bidang tenunan kain manakala Puteri Sejenjang menumbuk damar dengan lesong. Seperti lazimnya dibuat oleh kaum wanita zaman dahulu ejek-menejek, sindir-menyindir dan muji-memuji adalah perkara biasa dilakukan sesama mereka selain daripada berpantun, menyayi dan sebagainya.


Pada satu hari Puteri Sejenjang mengejek Puteri Santubong bahawa kerja bertenun adalah kerja sia-sia sahaja sebab ianya lambat mendatang hasil dan memerlu penumpuan yang rapi dengan membongkok badan. Oleh yang demikian Puteri Santubong boleh menjadi bongkok sebagai Nenek Kebayan dengan rupa yang hodoh. Puteri Santubong kamudian membalas dengan mengatakan kerja Puteri Sejenjang sebaliknya yang akan menjadi puteri itu hilang kewanitaan oleh sebab banyak menguna tenaga menumbuk damar, kerja yang sepatutnya dilaku oleh kaum lelaki. Gurau-senda ini bertambah rancak hingga membuat Puteri Sejenjang naik marah. Dengan menguna lesong ditangan beliau pun menumbok Gunung Santubong menjadi berbelah dua dibahagian atas. Apabila Puteri Santubong melihat bahawa tempat kediaman beliau telah dirosakan, maka beliau pun naik radang lalu menguna lidi peralatan tenunan memotong Gunung Sejenjang beberapa kali dari atas kebawah seperti memotong pohon pisang. Maka terpelantinlah potongan itu kedalam laut dan terus menjadi pulau-pulau seperti yang dilihat hari ini iaitu Pulau Talang-talang, Pulau Satang Besar dan Kecil, Pulau Salak dan Pulau Kera. Maka Gunung Sejenjang tidak lagi setinggi Gunung Santubong sebab telah dipotong menjadi bukit. Maka Puteri Sejenjang hilang tempat kediaman dan dikatakan beliau berpindah ke sebuah gunung yang dinamakan Gunung Tebang. Begitulah cerita orang-orang tua mengenai dua puteri yang berketurunan dewa-dewa ini sehingga tercipta sebuah lagu yang meriwayatkan peristewa mereka berdua.

Cerita Temenggung Mersal

Pada hari ini dalam tahun 1841, James Brooke telah diangkat menjadi pemerintah di Sarawak bergelar "Rajah Sarawak" oleh Pangeran Muda Hashim, wakil Sultan Brunei di satu perhimpunan ramai di bandar Kuching, Sarawak.

Pada hari itu juga Pengeran Muda Hashim telah memberikan kepada James Brooke satu perjanjian mengenai pertukaran pemerintahan Sarawak kepada James Brooke. Antara lain surat itu menyatakan bahawa Pangeran Muda Hashim menyerahkan kepada James Brooke pemerintahan Sarawak serta jajahan takluknya, hasil cukainya serta segala tanggunggawab pada masa yang akan datang; James Brooke mengaku iaitu undang-undang dan adat istiadat orang Melayu di Sarawak hendaklah dihormati dan dipelahara selama-lamanya kerana negeri Sarawak itu adalah takluk Sultan Brunei, Pengeran Muda Hashim dan raja-raja Melayu.

Dengan perlantikan James Brooke sebagal "Rajah Sarawak" bererti tamatlah pentadbiran Pengeran Mahkota di Sarawak. Pengeran Mahkota Muhamad Salleh adalah seorang pembesar Brunei yang direstui oleh Sultan Omar Ali Salfuddin 11 memerintah di Sarawak. Beliau adalah orang yang mula-mula membuka bandar Sarawak yang kemudian dinamakan Kuching. Pada masa Pengeran Mahkota Muhamad Salleh memerintah di Sarawak, ia telah bertindak keras dan zalim terhadap orang-orang Melayu, Bidayu dan Cina, yang diketuai oleh Datu Patinggi Ali. Apabila James Brooke menjadi "Rajah Sarawak" beliau telah memecat orang-orang besar Brunei yang memegang jawatan kerajaan di Sarawak dan mengangkat ketua-ketua orang Melayu Sarawak memegang jawatan dalam kerajaan, iaitu Datu Patinggi Ali, Datu Temenggung Mersal, Datu Bandar Ranca, Muhammad Lana Ali, Abdul Ghafur dan Pangeran Matusin, yang menjadi tempat James Brooke mendapatkan nasihat mengenal pemerintahan Sarawak.

Oleh kerana James Brooke yang menjadi "Rajah Sarawak" itu hanya bertaraf sebagal Gabenor dengan kuatkuasa surat Perjanjian yang telah diperbuat dengan Pangeran Muda Hashim, dan negeri Sarawak masih takluk di bawah kuasai Sultan Brunei, maka pada bulan Julai 1842, la telah pergi ke Brunei dengan tujuan hendak mendapat pengesahan daripada baginda Sultan Brunei mengenai kuasanya di Sarawak. Di Brunei, Brooke telah berunding dengan Sultan Omar Ali Saifuddin . Hasil dari rundingan itu pada bulan Ogos 1842,2 baginda telah membuat perjanjian dengan James Brooke, yang antara lain menyebutkan bahawa Sultan Brunei menyerahkan negeri Sarawak serta segala cukal hasil negeri kepada James Brooke, dan James Brooke hendaklah membayar kepada Sultan Brunei tiap-tiap tahun wang sebanyak RM 2500/=. Dengan itu maka James Brooke telah mula berkuasa di Sarawak dengan rasminya dan bermulalah sejarah moden negeri Sarawak.


Seorang pejuang yang muncul pada zaman itu ialah Abang Mersal. Beliau dikatakan anak kepada Datuk Ambil yang beristeri dengan anak Pengarah Moh, seorang ketururnan pembesar kerjaan Minangkabau yang berhijrah ke Sarawak. Abang Mersal ada mempunyai tiga orang isteri. Isteri beliau pertama ialah anak kepada Temenggong Ladan bernama Datuk Bungsu, manakala isteri yang kedua bernama Dayang Daun dan yang ketiga bergelar Nek Liok. Anak-anak beliau adalah Dayang Minda, Abang Abdul Pata dan Haji Mohammad dari isteri pertama, Dayang Kalifah, Datuk Siti Alam, Datuk Temenggong Matassan dan Datuk Hajjah Meriam dari isteri kedua dan Limah atau Halimah dari isteri ketiga (LAMPIRAN 2).

Bapa mentua beliau, Temenggong Ladan adalah memangku mentadbir kerjaan wilayah Brunei di Sarawak sebelum ketibaan James Brooke. Abang Mersal merupakan seorang yang berani oleh kerana beliau telah menutut mempertahankan diri dan memiliki ilmu kebal. Jadi perkerjaan beliau ialah “menjual kulit sendiri” iaitu mengambil upah untuk menangkap penjahat, perompak dan sebagainya. Tugas tersebut amatlah berat dan berbahaya sebab beliau mengadai nyawa sendiri. Namun demikian beliau dapat menunaikan tanggungjawab yang memuaskan Oleh yang demikian khidmat beliau diperlu oleh ramai orang diseluruh ke pulauan Borneo, dari Sandakan, ke Sambas, Pontianak, Banjar Masin, dan Brunei.

Pada satu masa Sultan Brunei Sultan Umar Ali Saifuddin memerlu sangat khidmat Abang Mersal untuk menangkap salah seorang panglima yang menjadi penderhaka kepada kerjaan Baginda. Banyak orang yang telah Baginda titah untuk menangkap paglima tersebut yang bergelar Temenggong dalam kerjaan, tetapi semuanya gagal. Temenggong tersebut bukan sebarang orang. Beliau ialah seorang panglima yang gagah dan oleh yang demikian tidak seorang pun askar Sultan berani hendak menangkap beliau. Oleh kerana itu maka Temenggong tersebut maharajalela dan bebas berbuat apa yang dikehendaki. Banyak gadis-gadis telah ditawan untuk menjadi gundek ditempat beliau berkubu di sebuah tempat yang amat terpencil dan sukar hendak diserang hendap.
Oleh yang demikian Sultan pun amat bimbang Temenggong tersebut berniat hendak menubuh tentera bagi menjatuhkan kerjaan negeri. Apabila Baginda mendengar khabar kehebatan Abang Mersal, Baginda pun memerentah Perdana Menteri untuk pergi ke Sarawak untuk mendapat pertolongan Abang Mersal. Setiba sahaja ke Brunei Abang Mersal pun menghadap Sultan. Apabila ditanya sanggupkah beliau menangkap Temenggong yang menderhaka itu, Abang Mersak menyambah bahawa beliau akan mencuba. Abang Mesal ialah seorang yang merendah diri dan tidak membesar kehebatan beliau. Sultan pun memerentah supaya Abang Mersal dibantu oleh beberapa hulubalang. Tetapi beliau menolak dengan alasan tidak hendak mengadai nyawa orang lain. Walau bagaimana pun beliau mererima beberapa orang sahaja untuk menunjuk jalan dan boleh menghulur bantuan apabila diperlukan.

Apabila sampai ke tempat yang dituju, maka Abang Mersal pun mengkaji tempat Temenggong tersebut bersembunyi. Rupa-rupanya tempat tersebut dibina atas salah satu daripada dua buah bukit yang curang dan sangat sukar hendak didatangi. Hanya satu jalan yang boleh diguna untuk sampai dikubu Temenggong tersebut. Tiap-tiap orang yang hendak memasuki tempat tersebut akan dikatahui oleh pengawal yang bertugas. Jadi Abnag Mersal menguna pengikutnya menjadi umpan menguna jalan tersebut supaya menghalih perhatian pengawal tidak mengawasi tempat beliau gunakan untuk naik ke atas bukit. Apabila Temenggong telah diberitahu bahawa ada orang yang hendak menyerang kubu mereka, maka Temenggong tersebut pun bersedia dengan kris nya diselit kepinggang. Tidak dikatahui oleh sesiapa Abang Mersal berjaya menghapiri Temenggong. Sebelum beliau dapat mencabut kris daripada pinggang, Abang Mersal dengan secepat kilat menguna kain lilitan kepala melilit tubuh Temengggong serta dua belah tangan. Oleh kerana tangan beliau masuk dalam lilitan kain Abang Mersal maka amat sukarlah bagi beliau hendak mencabut kris dari lilitan kain dipinggang beliau. Dengan yang demikian Abang Mersal pun mengikat Temenggong dengan tali dan mengarah supaya pengikut Temenggong meletak senjata. Maka tertangkatlah Temenggong derhaka itu lalu dibawa oleh hulubalang Sultan untuk menghadap pengadilan.


Seorang pejuang yang muncul pada zaman itu ialah Abang Mersal. Beliau dikatakan anak kepada Datuk Ambil yang beristeri dengan anak Pengarah Moh, seorang keturunan pembesar kerjaan Minangkabau yang berhijrah ke Sarawak. Abang Mersal ada mempunyai tiga orang isteri. Isteri beliau pertama ialah anak kepada Temenggong Ladan bernama Datuk Bungsu, manakala isteri yang kedua bernama Dayang Daun dan yang ketiga bergelar Nek Liok. Anak-anak beliau adalah Dayang Minda, Abang Abdul Pata dan Haji Mohammad dari isteri pertama, Dayang Kalifah, Datuk Siti Alam, Datuk Temenggong Matassan dan Datuk Hajjah Meriam dari isteri kedua dan Limah atau Halimah dari isteri ketiga (LAMPIRAN 2).

Bapa mentua beliau, Temenggong Ladan adalah memangku mentadbir kerjaan wilayah Brunei di Sarawak sebelum ketibaan James Brooke. Abang Mersal merupakan seorang yang berani oleh kerana beliau telah menutut mempertahankan diri dan memiliki ilmu kebal. Jadi perkerjaan beliau ialah “menjual kulit sendiri” iaitu mengambil upah untuk menangkap penjahat, perompak dan sebagainya. Tugas tersebut amatlah berat dan berbahaya sebab beliau mengadai nyawa sendiri. Namun demikian beliau dapat menunaikan tanggungjawab yang memuaskan Oleh yang demikian khidmat beliau diperlu oleh ramai orang diseluruh ke pulauan Borneo, dari Sandakan, ke Sambas, Pontianak, Banjar Masin, dan Brunei.

Pada satu masa Sultan Brunei Sultan Umar Ali Saifuddin memerlu sangat khidmat Abang Mersal untuk menangkap salah seorang panglima yang menjadi penderhaka kepada kerjaan Baginda. Banyak orang yang telah Baginda titah untuk menangkap paglima tersebut yang bergelar Temenggong dalam kerjaan, tetapi semuanya gagal. Temenggong tersebut bukan sebarang orang. Beliau ialah seorang panglima yang gagah dan oleh yang demikian tidak seorang pun askar Sultan berani hendak menangkap beliau. Oleh kerana itu maka Temenggong tersebut maharajalela dan bebas berbuat apa yang dikehendaki. Banyak gadis-gadis telah ditawan untuk menjadi gundek ditempat beliau berkubu di sebuah tempat yang amat terpencil dan sukar hendak diserang hendap.
Oleh yang demikian Sultan pun amat bimbang Temenggong tersebut berniat hendak menubuh tentera bagi menjatuhkan kerjaan negeri. Apabila Baginda mendengar khabar kehebatan Abang Mersal, Baginda pun memerentah Perdana Menteri untuk pergi ke Sarawak untuk mendapat pertolongan Abang Mersal. Setiba sahaja ke Brunei Abang Mersal pun menghadap Sultan. Apabila ditanya sanggupkah beliau menangkap Temenggong yang menderhaka itu, Abang Mersak menyambah bahawa beliau akan mencuba. Abang Mesal ialah seorang yang merendah diri dan tidak membesar kehebatan beliau. Sultan pun memerentah supaya Abang Mersal dibantu oleh beberapa hulubalang. Tetapi beliau menolak dengan alasan tidak hendak mengadai nyawa orang lain. Walau bagaimana pun beliau mererima beberapa orang sahaja untuk menunjuk jalan dan boleh menghulur bantuan apabila diperlukan.

Apabila sampai ke tempat yang dituju, maka Abang Mersal pun mengkaji tempat Temenggong tersebut bersembunyi. Rupa-rupanya tempat tersebut dibina atas salah satu daripada dua buah bukit yang curang dan sangat sukar hendak didatangi. Hanya satu jalan yang boleh diguna untuk sampai dikubu Temenggong tersebut. Tiap-tiap orang yang hendak memasuki tempat tersebut akan dikatahui oleh pengawal yang bertugas. Jadi Abnag Mersal menguna pengikutnya menjadi umpan menguna jalan tersebut supaya menghalih perhatian pengawal tidak mengawasi tempat beliau gunakan untuk naik ke atas bukit. Apabila Temenggong telah diberitahu bahawa ada orang yang hendak menyerang kubu mereka, maka Temenggong tersebut pun bersedia dengan kris nya diselit kepinggang. Tidak dikatahui oleh sesiapa Abang Mersal berjaya menghapiri Temenggong. Sebelum beliau dapat mencabut kris daripada pinggang, Abang Mersal dengan secepat kilat menguna kain lilitan kepala melilit tubuh Temengggong serta dua belah tangan. Oleh kerana tangan beliau masuk dalam lilitan kain Abang Mersal maka amat sukarlah bagi beliau hendak mencabut kris dari lilitan kain dipinggang beliau. Dengan yang demikian Abang Mersal pun mengikat Temenggong dengan tali dan mengarah supaya pengikut Temenggong meletak senjata. Maka tertangkatlah Temenggong derhaka itu lalu dibawa oleh hulubalang Sultan untuk menghadap pengadilan.
Baginda Sultan amat gembira atas kejayaan Abang Mersal dan beliau pun di anugerah oleh Sultan darjat Temenggong Laila Wangsa. Kemudian Abang Mersal pun dilantik mengambilalih jawatan yang disandang oleh bapa mentua beliau sebagai wakil pemerentah Brunei di wilayah Sarawak.

Asal Melayu Sarawak.......

1) berasal dari Sumatera dan Tanah Melayu.

Suku kaum Melayu di Sarawak mendiami kawasan persisiran pantai. Mereka dipercayai berasal dari Sumatera (dan sesetengah sumber lain juga menyebut Semenanjung Tanah Melayu). Mereka mula datang ke Sarawak sejak kurun ke-15 Masihi lagi. Penempatan awal mereka adalah di Lidah Tanah iaitu kawasan di sekitar Sungai Sarawak (kini terletak di Bahagian Kuching).

Pada masa itu, suku kaum ini diketuai oleh seorang putera raja bernama Datuk Merpati Jepang. Orang Melayu beragama Islam dan menjalankan aktiviti ekonomi menangkap ikan di laut, bertani dan berniaga. Setelah mereka dijajah oleh Kesultanan Brunei pada kurun ke-16, keturunan Datuk Merpati Jepang terus dilantik sebagai pentadbir di sana dengan memakai gelaran Datuk. Akhirnya lahirlah jawatan-jawatan pentadbir seperti Datuk Patinggi (sebagai ketua menteri), Datuk Temenggung (menjaga keamanan dan keselamatan) dan Datuk Bandar (mengendalikan hal-hal perdagangan).

2)berasal dari keturunan Melayu Brunei (Kesultanan Brunei).

Menurut satu sumber yg lain, orang Melayu yang mendiami kawasan-kawasan yang berdekatan dengan Brunei seperti di Bahagian Miri adalah berasal dari keturunan Melayu Brunei. Seperti kata saudara/i Maru, keturunan golongan ini memakai gelaran Abang (bagi lelaki) dan Dayang (bagi perempuan) yang juga berfungsi sebagai nama keluarga (surname). Mereka mula masuk ke Sarawak setelah Sarawak dijajah oleh Kesultanan Brunei.

3) [b]berasal dari keturunan orang-orang Dayak yang memeluk Islam dan telah mengadaptasikan adat, kebudayaan dan cara hidup orang Melayu serta bahasa Melayu dalam kehidupan seharian.[/b]

Golongan ini merujuk kepada orang-orang Melayu yang menetap di bahagian lain di Sarawak. Nenek-moyang kepada golongan ini boleh dikatakan orang Dayak yang terasimilasi menjadi kaum Melayu secara rela setelah memeluk Islam.

Kewujudan golongan ini juga telah menyebabkan terciptanya bahasa Melayu loghat Sarawak. Seperti bahasa Melayu loghat Kelantan, bahasa Melayu loghat Sarawak agak sukar untuk difahami oleh penutur-penutur loghat Melayu yang lain kerana loghat tersebut banyak menyerap perkataan dan istilah dari bahasa Dayak khususnya Iban.

Melayu... Melayu Sarawak

Malay is truly Southeast Asia.Asia Tenggara adalah tanahair orang Melayu dan segala misterinya.Ketika ahli arkeologi,pakar genetik dan DNA serta ahli kajian genome sedunia semakin tertarik dengan kawasan bernama Asia Tenggara ini,kita tahu mengapa ada 'orang luar' yang beria-ria mahu orang mengiktiraf dirinya berasal dari Asia Tenggara.

Orang Melayu adalah etnik yang unik berbanding mana-mana etnik Asia Tenggara kerana menduduki kedua-dua bahagian tanah besar dan kepulauan.Ini memberitahu kita bahawa induk Asia Tenggara adalah Austronesia.Di bahagian tanah besar Asia Tenggara,terdapat 4 kaum yang dikenal pasti oleh majoriti ahli sejarah dalam dan luar Asia Tenggara sebagai 'indigenous' iaitu:Mon,Pyu,Khmer dan kita,Malayu.Kaum Pyu sudah pupus manakala orang Mon semakin tersepit dan menuju ke arah kepupusan bahasa dan budaya.Yang masih bertahan adalah Malayu dan Khmer kerana kedua-duanya memiliki peradaban tinggi dan tahap survival yang lasak.

Hubungan orang Melayu sebagai suku Austronesia dan Khmer sebagai suku Austro-asiatic sememangnya diketahui sejak zaman berzaman.Orang Khmer adalah 'mainlander' manakala Melayu adalah 'seafarers'.Orang Melayu membuka perdagangan maritim dan memerlukan barang dagangan dan pertanian untuk didagangkan.Transaksi ekonomi berlaku antara kedua-dua kaum ini.Orang Khmer juga meminati galian mahal ini;emas,yang dilombong oleh orang Melayu.Raja-raja Khmer selalu memesan sejumlah perhiasan dan jongkong emas yang banyak dari negeri-negeri Melayu untuk menghiasi kuil-kuil mereka.Tradisi emas dengan negeri-negeri Melayu memang berakar umbi dari sejarah yang panjang dan ini membuka rahsia yang lain mengapa Raja Siam tetap mahukan negeri-negeri Melayu naungannya menghantar bunga emas ke Bangkok pada masa dahulu.

Antara pengkhususan kajian sejarah saya ialah hubungan antara Malayu dan Khmer.Kedua-dua kaum ini memiliki hubungan misteri pada masa silam sejak ramai pengkaji mula sedar sebahagian raja-raja Angkor adalah berketurunan Melayu!

Saya juga mengkaji hubungan bangsa Melayu dengan kaum-kaum bukan serumpun (non-Austronesia) yang lain seperti Thai,Burma dan Dai Viet di Asia Tenggara.Dan yang paling penting sekali,hubungan Melayu dengan sukukaum-sukukaum Austronesia sendiri seperti Jawa,Sunda,Bugis dan sebagainya.

Sudah semestinya jika kita membuka buku teks sejarah Tingkatan 3,kita tidak akan menemui nama raja-raja Angkor yang berketurunan Melayu seperti Suryavarman I,Jayaviravarman,Udayadityavarman II,Harshavarman III,Jayavarman VII,Indravarman II atau Jayavarman VIII.Ini semua adalah nama Emperor-emperor Empayar Khmer atau kerajaan Angkor yang terkenal itu.Bagi kita,Angkor adalah Khmer dan semua raja-rajanya adalah Khmer.INI SALAH!Hubungan bangsa Melayu dengan bangsa-bangsa di sekelilingnya adalah SAMA DENGAN HUBUNGAN BANGSA JERMAN DENGAN BANGSA-BANGSA EROPAH DI SEKELILINGNYA sebagai contoh.Dahulu hubungan orang Melayu dengan Mon dan Khmer amat rapat sehingga terjadi perkahwinan sesama mereka.Tanah bangsa Melayu juga menjangkau tengah Thailand dan bersempadan dengan Kemboja,tanahair bangsa Khmer.Di Battambang,Kemboja buat pengetahuan anda merupakan bekas wilayah negeri Melayu pada masa silam.Ini semua ada tercatat dalam prasasti atau petitih-petitih kuno bangsa Khmer.



Kita kena belajar memahami dari sekarang bahawa hubungan orang Melayu dengan entiti di sekelilingnya bersifat antarabangsa.Bukti konkrit paling jelas menggambarkan maksud ini adalah Sulalatus Salatin,yang menceritakan hubungan kerajaan Kesultanan Melaka dengan kerajaan-kerajaan di sekelilingnya seperti Majapahit,Champa,Pasai,Pahang atau Ayutthaya.Inilah karya sejarah yang bijak,menceritakan betapa 'international' nya orang Melayu pada masa dahulu,belum dikira era Srivijaya lagi.Saya sudah tegaskan berkali-kali,hubungan kerajaan-kerajaan silam di Asia Tenggara adalah sama seperti hubungan kerajaan-kerajaan di Eropah.Sebagai contoh keturunan bangsawan Jerman,Saxe-Coburg dan Gotha mewarnai beberapa keluarga diraja Eropah seperti Sweden dan England.Puteri Sybilla dari Sweden (1908-1972),isteri kepada Putera Gustav Adolf,Duke of Västerbotten yang merupakan ibu kepada Raja Sweden, Carl XVI Gustaf adalah dari keturunan bangsawan Jerman tersebut.Contoh yang paling jelas adalah suami kepada Ratu Victoria dari England,Putera Albert adalah keturunan Jerman Saxe-Coburg dan Gotha.Jadi tidak hairanlah mengapa dalam Riwayat Chiang Mai yang ditulis di atas manuskrip dedaun pada tahun 1827 menyebutkan Suryavarman I (maharaja empayar Khmer) berketurunan dari Malayu.Suryavarman II pula (yang membina Angkor Wat) adalah sepupu Jayavarman VII,yang merupakan cicit Suryavarman I!

Kita sesungguhnya berhubung dengan bangsa Khmer melalui peperangan dan perkahwinan.

Raja Sujita dari negeri Melayu Sri Dharmaraja telah mengahwini seorang gadis Khmer dan melahirkan emperor ke-39 Angkor,Suryavarman I yang telah membina Preah Vihear yang kini menjadi perebutan antara Kemboja dan Thailand.Seorang emperor dari dinasti Melayu Sailendra telah menakluki Chenla (negeri asal bangsa Khmer) pada tahun 774 Masehi.Seorang kanak-kanak cerdas telah ditawan bersama-sama ekspedisi ketenteraan Sailendra itu,dan diasuh di dalam istana Sailendra,kemudiannya apabila dewasa menjadi pengasas Empayar Khmer.Dia adalah Jayavarman II,yang fasih berbahasa Melayu Kuno,bahasa tradisi dinasti Sailendra dan Sriwijaya,dua 'ruling house' yang amat berkuasa di Asia Tenggara ketika itu.

Saya pernah menghadiri satu teater Khmer berkenaan raja-raja Angkor.Ketika itu terdapat satu slot tentang adegan peperangan dengan Champa.Kemudian adegan seorang raja dan permaisurinya memberi restu kepada para perajurit.Yang menarik hati saya ialah pakaian raja itu yang bersampin dan memakai 'vest' sebagaimana gambaran raja-raja Melayu pada masa dahulu.Mahkotanya juga berbentuk tanjak.Saya berbisik kepada rakan sebelah saya (orang Kemboja),dan dia memberitahu saya bahawa raja itu adalah Jayavarman VII dan di masa pemerintahan beliau,memang ada peperangan dengan Champa.


Menariknya,apabila saya mengkaji lebih dalam ternyata Jayavarman VII adalah dari susur galur raja Melayu dan pernah tinggal di Champa beberapa lama.Saya kurang jelas adakah dari sebelah ibu atau ayah,namun saya yakin dari sebelah ibu kerana perkataan 'cudamani' pada nama ibunya,Sri Jayarajacudamani,adalah 'title' khas Maulimalaraja,garis keturunan raja-raja Melayu Indochina.Kemudian barulah saya tahu bahawa beliau adalah cicit Suryavarman I selepas membaca ulasan sebuah prasasti di Laos,iaitu Prasasti Say Fong!

Salasilah raja-raja Melayu Indochina tercatat dalam pelbagai prasasti dan manuskrip Khmer,Mon dan Thai!

Di dalam rekod Dinasti Sui (581-618 Masehi),merujuk kepada misi oleh Tchan Sun dan Wang Kiun Tching,memberitahu serba sedikit tentang Chih Tu:

"Nama keluarga raja Chih-tu adalah Chu Tam (Chudam), dan nama peribadinya adalah Li-fo-shi. Sejak bila sejarah putera ini bermula kami tidak tahu. Kami hanya diberitahu bahawa ayahnya, selepas meninggalkan takhta untuk menjadi seorang biarawan, dihantar kepadanya kedudukan kerajaan, kedudukan yang telah diadakan selama enam belas tahun. Raja ini Li-fu-to-Hsi mempunyai tiga isteri, yang semuanya puteri gerbang yang sekitar seratus langkah berasingan. Pada masing-masing gerbang, diselubungi dengan loceng emas kecil, yang dicat Bodhisattva dan abadi yang menjulang tinggi di udara..."


Li-fo-shi adalah sebutan China kepada Srivijaya,seorang putera raja Melayu purba yang memulakan dinasti yang teragung itu.Dimanakah Chih Tu?Chih Tu diyakini berada di kawasan Kelantan sehingga ke Patani pada hari ini.Persekutuan dengan beberapa negarakota Mon menyebabkan nama Chih Tu juga dikesan sejauh Chiang Mai,kawasan yang dahulunya merupakan sebahagian Haripunjaya,sebuah negarakota (city-state) Mon.

Perhatikan nama keluarga pemerintah Chih Tu adalah 'Chudam'.Sebab itu sejarahwan Thailand mendakwa Jayavarman VII adalah berasal dari dinasti Melayu Indochina,sekurang-kurangnya punya kaitan dengan suku Cham.

Betapa asyiknya tenggelam dalam misteri raja-raja Melayu di tengah-tengah riwayat Khmer dan Mon.Saya benar-benar ingin kembali ke zaman silam dan ingin melihat sendiri bagaimana raja-raja keturunan Melayu ini memerintah Empayar Khmer di dalam istana secantik Preah Vihear.Mereka pasti berbahasa Mon,Khmer dan Sanskrit bila berurusan dengan rakyat Kemboja,dan apabila bertemu dengan saudara mara mereka sudah tentu berbahasa Melayu.Adakah bila saya datang mengadap emperor-emperor Angkor ini dan cuba berbahasa sendiri terhadap mereka,adakah mereka memahami saya,cucu cicit yang seketurunan dengan mereka,Malayu?

Adakah mereka memahami saya?

"Mera juga disebut sebagai Ye Ye dalam pelbagai rekod dinasti China,yang diterjemah oleh penterjemah Inggeris sebagai 'Coconut Leaf'," Nari bercerita tentang Mera,puteri Funan yang menurunkan bangsa Khmer.

"Mayang Mengurai..."

"Apa kamu kata?" Nari menyoal.

Saya menarik nafas panjang.Gadis Khmer itu merenung saya menanti jawapan.Pada zaman dahulu,ada seorang puteri dari Malayu yang memerintah pulau Kok Thlok,berjiran dengan raja-raja Cham purba.Ketika itu bangsa Khmer berada di utara,tepatnya di utara Laos sekarang.Namun begitu mereka belum lagi wujud sebagai 'Khmer'.Mereka digelar Chenla,atau Zhenla,lebih merupakan etnik-etnik selatan China.