Iklan Saya Klik

Wednesday, March 18, 2015

Anak Cucu Cicit Merpati Jepang






Mengikut catatan dan cerita-cerita dari orang-orang tua dahulu Datu Merpati Jepang mempunyai dua orang anak yang bernama Pateh Mengada dan Pateh Sangguna. Pateh Mengada pula ada mempunyai seorang anak lelaki bernama Pateh Malang yang dikata beristerikan cucu kepada Abang Kuli. Pateh Malang pula mempunyai dua orang anak, seorang anak lelaki bernama Abang Kuntum dan seorang anak perempuan yang bernama Dayang Paku. Abang Kuntum telah di lantik oleh kerjaan negeri Brunei sebagai Datu Patinggi didalam wilayah Sarawak, iaitu meliputi kawasan daripada Tanjung Datu sehingga Batang Samarahan. Pada masa dahulu ianya dibawah tahta Kerjaan Negeri Johor. Mungkin atas perlantikan Sultan Mahkota Mohammad Alam Shah maka wilayah Sarawak, Kalaka, Saribas dan Sadong diserah oleh Sultan Johor kepada Brunei dalam akhir kurun ke 14. Kemudian gelaran Datu Patinggi disandang oleh anak beliau bernama Patinggi Betong.
Pateh Sangguna juga mempunyai seorang anak lelaki bernama Abang Kertang. Abang Kertang pula mempunyai seorang anak lelaki bernama Abang Alil yang kemudiannya dilantik menjadi Temenggong. Kedua-dua gelaran Datu Patinggi dan Datu Temenggong adalah pangkat kebesaran Brunei yang dianugerah oleh Datu Seri Bulan, Permaisuri Sultan Mahkota Brunei. Nama-nama gelaran pembesar yang ditauliah oleh kerjaan Brunei pada masa itu ialah Datu Patinggi Seri Setia, Datu Shahbandar Indera Wangsa, Datu Amar Seri Diraja, dan Datu Temenggong Laila Wangsa.

Tidak banyak maklumat yang dicatat mengenai keturunan Pateh Sangguna. Nampaknya semua keturun beliau ditabal dengan gelaran Temenggong seperti anak kepada Datu Temenggong Abang Alil juga menjadi Temenggong bernama Temenggong Abang Metang dan anak lelakinya pula bergelar Datu Temenggong Abang Bunian.

Patinggi Betong , keturunan ke empat Pateh Mengada mempuyai anak lelaki bernama Abang Kaim atau Daim yang merupakan orang Melayu pertama yang berhijrah dari Santubong ke Lidah Tanah, sebuah tempat dimana Sungai Sarawak bercabang dua menjadi Sungai Sarawak Kanan dan Sungai Sarawak Kiri. Abang Kaim kemudian di kurnia dua orang anak kembar yang bergelar Datu Kebar dan seorang lagi tidak di katahui nama beliau. Datu Kebar ada mempunyai enam orang anak, diantaranya ialah Patinggi Mir, adiknya Patinggi Hashim, Dayang Daun dan Dayang Karamatiku yang bersuami dengan seorang jejaka dari Brunei. 

Patinggi Hashim pula mempunyai empat orang anak kesemuanya lelaki bernama Abang Ali, Datuk Bandar Rannah, Abang Razak dan Abang Amir. Anak Abang Amir yang sulong bernama Datuk Patinggi Abang Ali ialah seorang pahlawan Melayu yang memberontak menentang kerjaan dibawah tadbiran Pengiran Indera Mahkota dalam tahun 1840. Selepas mangkat Sultan Pengiran Tengah pada tahun 1641, Sultan Brunei, Sultan Muhammad Tajuddin melantik Abang Ali sebagai Datu Patinggi Seri Setia mewakili Kerjaan Negeri Brunei memerentah wilayah Sarawak. Apa bila logam ‘antimony’ telah dijumpai di Bau maka Sultan Muhammad Kanzul Alam melantik Pengiran Muhammad Salleh Ibnu Pengiran Sarifuddin menjadi Gabenor Sarawak. Cara beliau mentadbir kerjaan tidak mengikut peraturan dan ada kala memeras penduduk tempatan. Pusat pemeratahan pun dipindah beliau dari Lidah Tanah ke Kuching. Oleh kerana kehidupan penduduk menjadi perit dan tertindas maka terjadila pemberontakan yang diketuai oleh Patinggi Abang Ali. Kemudian dengan bantuan James Brooke Lidah Tanah pun di tawan pada akhir tahun 1840. Oleh yang demikian kegiatan menentang pentadbiran Pengiran Indera Mahkota yang telah diambilalih oleh Pengiran Muda Hashim pun tamat dan Patinggi Ali serta pengikutnya menyerah diri dengan bersyarat.

Dalam satu ekpedisi untuk mendamaikan dua puak Dayak yang bertilingkah di Batang Skrang, Patinggi Abang Ali telah terbubuh. Mereka sangkakan Patinggi Ali diperentah James Brooke untuk menawan puak yang berperang. Apa bila Patinggi Ali meninggal dunia ramailah penduduk Lidah Tanah berpindah ke Kuching termasuk anak-anak Patinggi Ali sendiri. Kebanyakan orang-orang Melayu mendiri rumah ditepi Sungai Sarawak berhampiran Munggu Kubur. Disitula Masjid pertama didirikan bertiang kayu belian sebelum ketibaan James Brooke pada tahun 1839. Kemudian dibawah jagaan Datu Bandar Mohammad Lana, anak lelaki pertama Patinggi Ali, satu kutipan dijalankan untuk membina Masjid yang lebih besar. Masjid tersebut pun dibina atas tanah bukit pada tahun 1852. Imam pertama ialah Datu Patinggi Abang Abdul Ghapur ( sila lihat Lampiran 3) beristerikan dengan anak Patinggi Ali bernama Dayang Inda. Patinggi Ghapur sebenarnya tidak suka negeri Sarawak diperentah oleh orang asing dan secara senyap-senyap cuba menentang Kerjaan James Brooke. Akan tetapi rancangan beliau telah dikatahui oleh James Brooke melalui anak Temenggong Mersal yang bernama Abang Pata. Menurut cerita orang tua juga, Abang Pata adalah kawan baik James Brooke. Orang yang pertama dijumpai James Brooke ialah Abang Pata yang memiliki Pulau Talang-talang dan juga Pulau Satang. Sewaktu James Brooke tiba di perairan Sarawak, beliau singgah di Pulau Talang-talang Besar untuk membetulkan dan menyemak semula carta pelayaran beliau. Ada lah dikatakan Abang Patalah orang yang membantu James Brooke belayar ke Santubong dan kamudian ke Kuching untuk menyampai pesan Gabenor Singapura kepada Pengiran Muda Hashim. Jadi untuk mematah rancangan Patinggi Ghapur James Brooke pun menghantar Patinggi Ghapur mengerja haji. Selepas itu Patinggi Ghapur dibuang negeri ke Melaka dan berada disana sehingga akhir hayatnya. Begitulah sikap James Brooke yang pantang ditentang. Beliau tidak mahu rancangan beliau hendak membina sebuah Negara dihalang oleh sesiapa pun. 

Untuk menganti Patinggi Ghapur sebagai Imam, James Brooke melantik Abang Haji Bolhassan, anak lelaki Patinggi Ali yang kedua daripada tahun 1854 hingga 1865. Apabila Datu Bandar Lana meninggal dunia maka Abang Haji Bolhassan dilantik mengambilalih jawatan abang beliau sebagai Datu Bandar. Selepas itu jawatan Imam Masjid pun diambilalih oleh Tuan Haji Abdul Karim hingga beliau meninggal dunia pada tahun 1877. Kemudian jawatan Imam Masjid pun diserah kepada anak Patinggi Ali yang bongsu, iaitu Abang Mohammad Taim atau dengan nama ringkasnya Mataim. Imam Mataim menyandang jawatan itu selama 21 tahun daripada tahun 1877 hingga beliau meninggal dunia pada tahun 1898. 


Dari masa kesemasa Masjid Besar telah diperelok dan dilengkapkan dengan kerperluan para jamaah. Dalam tahun 1932, apabila Abang Haji Abdillah, cucu kepada Datu Bandar Abang Haji Bolhassab menjadi Datu Shahbandar, beliau dan Datu Imam Abang Haji Morshidi dan Datu Menteri Abang Haji Mohammad Zen mengunakan hasil penjualan telur penyu untuk kebajikan orang Islam dan juga untuk memperelokan bangunan Masjid yang dibena pada tahun 1852 tersebut Mereka bertiga telah diberi kuasa oleh Charles Vyner Brooke untuk mengutip telur penyu untuk dijual bagi tabung kebajikan orang-orang Islam pada masa itu. Kedua Datu Patinggi Abdillah dan juga Datu Imam Abang Haji Morshidi masing-masingnya mempunyai sebuat perahu bedar yang bernama Leonora dan Sentosa untuk pergi di Pulau Talang-talang dan Satang Besar mengutip telur penyu. Penulis masih ingat semasa budak-budak lagi melihat perahu bedar di pangkalan yang dibina dalam Sungai Bintangor berdekatan dengan Darul Kurnia. Pada masa itu Sungai Bintangor tidaklah tercemar seperti sekarang ini. Air Sungai tersebut bersih dimana penulis dan sepupu-sepupu beliau yang sebaya belajar berenang dalam Sungai tersebut dan memancing ikan Semilang, ikan Bekut, ikan Haruan dan ikan Baong. Maka dengan adanya pendapatan daripada jualan telur penyu pada tiap-tiap tahun, maka dapatlah ianya diguna untuk mengurus perbelanjaan masjid.

Dengan adanya rumah ibadat dibina berhampiran dengan pusat Kerjaan, maka ramailah penduduk orang Melayu berhijarah ke Kuching dan mendiri rumah dan kampung halaman seperti Kampung Boyan, Kampung Gersik, Kampung Sourabaya, Kampung Sungai Bedil Besar, Kampung Jawa, Kanpung Sinjan dan sebagainya. Ada pun nama-nama kampung ini menunjukan asal negeri penduduk-peduduk berkenaan.. Mereka pergi ke Kuching atas urusan berdagang, mencari perkerjaan diladang-ladang getah dan sebagainya. Mereka datang atas sebab ada tali persaudaraan diantara penduduk tempatan dengan orang-orang dari pada Jawa, Sambas dan Sumatera. Tidak kurang juga kaum Dayak dari pendalaman seperti Batang Lupar berpindah ke Kuching. Tempat kediaman mereka adalah seberang sungai bertentangan dengan Kampung Gersik. Jadi Kuching sejak dari dahulu telah menjadi pusat yang dihuni oleh belbagai bangsa dan keturunzan termasuk warga China yang diambil berkerja dilombong emas dan juga berniaga. .


#Thank to Abang Lutfi Abang Naruddin

13 comments:

  1. terimak kasih.

    dari saya...keturunan Abang

    ReplyDelete
  2. Sama Sama .... Terima kasih kerana sudi menyinggah ..

    ReplyDelete
  3. anak cucu juak kamek tok...keturunan abang dr rumah batu lamak ya dekat masjid

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Encik, kmk berminat untuk mengetahui sejarah rumah batu dekat masjid ya untuk penulisan kmk. Cmni cara nak contact ktk untuk berkongsi cerita sejarah pemimpin melayu dolok terutama keluarga Datuk Bndar Abang Haji Kassim.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum W.B.T, Dengan Nama Allah.. Terima kasih diatas tulisan ini, amat begitu bermakna. Dapat mengeratkan lagi pertalian saudara sesama kita. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  6. Anak cucu-cicit Datu Patinggi Ghapur ada yang menetap di Sungei Lembing Pahang.

    ReplyDelete
  7. Salaam wr wb.
    Alhamdulillah sekarang saya tahu asal usul ibu saya.
    Syukran Afwan

    ReplyDelete
  8. Kmk pun dari keturunan abang... Yg penjaga rumah batu d jln ajibah abol ya, nenek kmk

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum tuan.. kmk mok tauk lebih lanjut susur galur Datu patinggi ali di atas2 nya lagik. sekiranya ada boleh share agik tuan

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum, alhamdulillah info yang bagus untuk mengenali sejarah asal usul keluarga belah mak saya. Saya juga keturunan abang, my grandfather Abang Ahmad bin Abang Ali @ Temenggung Ali.

    ReplyDelete
  11. Asal usul yang sama..salasilah diwarisi dari arwah bapak..

    ReplyDelete
  12. Di mana kuburvDatu Patinggi Ali?

    ReplyDelete
  13. Terima kasih share cerita tok. Asal usul kelauarga bapak.Bapak kmk membesar d umah batu ya.. Kmk pnh diam sia wlpn msih kecik..

    ReplyDelete