Iklan Saya Klik

Wednesday, March 18, 2015

Asal Orang Melayu Sarawak

Dipadah tek orang tua-tua sebenarnya orang Melayu Sarawak adalah gabungan tiga jenis Melayu dari seluruh kepulauan Nusantara yakni:



1. Yang berasal dari Sumatera dan dari Semenanjung Tanah Melayu

Orang Melayu yang asal dari Sumatera tok adalah berasal dari keturunan Datuk Merpati Jepang yang merupakan ketua bagi kaum Melayu yang tinggal di sepanjang pesisir Sungai Sarawak. Dipadah orang tek, Datuk Merpati Jepang tok yang asalnya dari Keturunan Majapahit



2. Yang berasal dari Brunei Darussalam

Nok tok disebabkan pada asalnya Sarawak merupakan jajahan takluk Brunei dolok-dolok. Jadi kebanyakan orang Melayu di Sarawak nok banyak di daerah Miri dan Kuching, sidak pakei loghat yang lebih kurang sama, berbanding dengan orang Melayu nok di Saribas, Sri Aman.



3. Yang asalnya Iban tapi bertukar cara hidup seperti orang Melayu setelah memeluk agama Islam



Orang Melayu yang berasal dari Saribas (termasuk kawasan yang sewaktu dengannya mcm Betong, Beladin, Meludam etc) sidak percayak sidak merupakan pengikut mun sik keturunan Temenggong Kadir yang berasal dari Brunei.



Rami orang heran apa beza Abang dan Awang. Ada yang madah sama, ada yang madah sik sama. Sebab nama anak perempuan yang lahir dalam keluarga tok digelar Dayang.



Keturunan Abang berasal dari keturunan Datuk Merpati Jepang dari Sumatera. Manakala Keturunan Awang berasal dari Brunei.



Perbezaan Awangku dengan Awang ialah Awangku berasal dari keluarga diraja Brunei, bila bapak sidak mempunyai pangkal nama Pengiran (macam Tengku atau Raja di semenanjung) anak-anak sidak akan mempunyai nama Awangku atau Dayangku.



Nama pangkal Awang diberik pada asalnya ialah dari keturunan rakyat biasa yang bukan berdarah diraja. Tapi keluarga tok dihormati oleh golongan istana dan sidak sultan. Maka nama sidak hanya ada Awang, bukan Awangku.



Awang juak berasal dari keluarga Dato' Godam (orang Minangkabau) yang berasal dari Pagar Ruyung, yang berhijrah ke Brunei, lalu berhijrah ke kawasan Saribas Sarawak.



Tapi, bila seorang Pengiran ingin 'membuang' pangkal nama Pengiran, atas sebab-sebab tertentu maka, nama anak-anaknya hanya diletak Awang.



Bagi masyarakat Brunei, gelaran Awang dan Dayang merupakan gelaran hormat macam Encik, dan Cik.



Maka ada perbezaan antara Haji Awang Mustafa bin Haji Awang Ali dengan Awang Haji Mustafa bin Haji Ali.

Sama juak macam Haji Abang Mustafa bin Haji Abang Ali dengan Abang Haji Mustafa bin Haji Ali.

Atau Hajah Dayang Hanifah binti Haji Abang Ali dengan Dayang Hajah Hanifah binti Haji Ali.


di ambil dari ...

http://mazafirzie.blogspot.com/2008_09_01_archive.html

8 comments:

  1. Sebarang jak madah org melayu saribas asal dari iban.org melayu saribas asal dari brunei.sebab ya di sia ada kampung dato godam.kerajaan saribas ensaya adalah kerajaan dari brunei.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aok la.. salah info u. ada yg masuk islam kawin campur atau diislamkan tapi bukan asal usul orang saribas

      Delete
  2. Dato Godam @ Dato Gudam @ Abang Godam @ Raja Umar Bin Datuk Bendahara Harun adalah seorang putera kepada bendahara negeri Pagar Ruyung, Minangkabau yang datang merantau ke Borneo sekitar tahun 1690 – 1710 semasa era pemerintahan Sultan Nasruddin (Sultan Brunei ke-15). Ayah beliau, Datuk Bendahara Harun / Bendaro Harun bin Datuk Bendahara Ismail merupakan anggota “Basa Ampek Balai” yang menjalankan administrasi kerajaan bersama-sama Raja Alam, Raja Adat dan Raja Ibadat. Ibu Dato Godam pula ialah seorang wanita Belanda iaitu anak kepada Jan Van Groenewegen yang ditugaskan di pejabat VOC sebagai Residen Belanda di Padang, Sumatera Barat pada tahun 1662. Datuk Bendahara Harun dikatakan berketurunan Raja Suran yang merupakan dari susur galur Iskandar Zulkarnain.

    Dato Godam datang ke Borneo untuk berdagang setelah dipertikaikan pertabalan menjadi pengganti ayahnya kerana ibunya bukan keturunan diraja Minangkabau.

    Sampainya di muara Saribas, Borneo (sekarang Sarawak) beliau bertemu Datu Temenggung Kadir iaitu seorang pembesar dari Negara Brunei yang kecewa melarikan diri setelah anaknya diambil Sultan Brunei ketika itu untuk dijadikan gundik. Setelah Dato Godam dan Datu Temenggong Kadir berkenalan, beliau bersetuju untuk membantu mendapatkan kembali anak Datu Temenggong Kadir yang bernama Pengiran Kachi @ Dayang Chi itu.

    Setelah berlabuh di Brunei, Dato Godam berjumpa Sultan dan membawa hajatnya berniaga kain. Perwatakannya, cara berpakaian dan adab nya sungguh menarik perhatian Sultan. Barang-barangan berupa kain bermutu tinggi yang dibawa juga amat menarik perhatian Sultan. Dato Godam dijemput ke istana untuk majlis makan-makan. Beliau memberi hadiah kepada Sultan. Sebagai balasan Sultan juga menghadiahkannya beberapa orang gundik, namun kesemuanya ditolak oleh Dato Godam. Setelah beliau terjumpa Dayang Chi, iaitu anak Datu Temenggong Kadir beliau membawanya naik ke kapal untuk melihat barangan yang dijual. Setelah melihat meriam yang dikirimkan oleh ayahnya di dalam kapal, tahulah dia bahawa Dato Godam datang untuk menyelamatkannya. Melalui kebijaksanaan berunding / berdiplomasi dengan Sultan dan pembesar, Dato Godam akhirnya berjaya membawa Dayang Chi keluar dari Brunei terus ke Saribas bertemu ayahnya yang menunggu di sana.

    Datu Temenggong Kadir yang sangat gembira, menikahkan anaknya itu dengan Dato Godam. Mereka mendapat dua orang anak, iaitu Dato Bandar Abdul Rahman digelar Menteri Uban dan Dato Said digelar Menteri Puteh.

    Dato Godam pula menjalinkan hubungan baik dengan Kerajaan Brunei dan banyak membantu Sultan dalam hal-hal pentadbiran dan ekonomi. Anak beliau, iaitu Menteri Uban menetap di Saribas dan memulakan penempatan melayu di situ. Anak keduanya pula, Menteri Puteh diangkat Sultan Brunei sebagai golongan bangsawan yang membantu mantadbir pemerintahan Sultan bagi membalas jasa Dato Godam di negara tersebut.

    Dari keturunan Dato Godam inilah lahirnya keturunan Abang @ perabangan di Saribas Sarawak, melalui anak pertamanya Menteri Uban manakala keturunan Awang Awang Damit di Brunei melalui anak keduanya Menteri Puteh.

    ReplyDelete
  3. Bnyak versi tntang keturunan melayu di sarawak tk.....mcm apa yg diceritakan di atas hnya fokus dgn keturunan Awang Dayang ajak....ttpi xda mdh psal keturunan Abang Dayang.....drpd kajian yg telah dipolah oleh Datu Sanib Said (bekas Pengarah Muzium Sarawak), orang melayu mmg dh lmk ada di Sarawak yang mana sebelum ianya ditadbir oleh Kerajaan Brunei, hampir sebahagian tanah negeri Sarawak kinek tk adalah bekas jajahan Kerajaan Johor......

    ReplyDelete
  4. Mengenai gelaran Awang : sik semestinya utk orang biasa/orang dihormati, dipercaya Sultan. Ada sesetengah keluarga mengguna hanya gelar Awang & Dayang akan tetapi berdarah bangsawan/keturunan Sultan Brunei. Mengapa setengah keluarga di Sarawak menggunakan Awg & Dyg sahaja sedangkan saudara mara mereka di Brunei bergelar Pengiran, Awangku & Dayangku. Sesetengah hanya mahu menggunakan gelar Awg sahaja di Sarawak. Temenggong Kadir bukanlah org Brunei tapi nama ia Dato Temenggong Abg Kadir, Saribas.

    Chubbyslimjester@gmail.com

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. DARI sumber lain juga sultan Nasruddin memperisteri Tandang Sari sebagai isteri ke3 kumudian Dato Godam setelah berbaik sama sultan setelah diberi pilihan dato Godam mahukan Tandang Sari kerana ingin membalas jasa Temenggong Abd.Jalil.

    ReplyDelete