Iklan Saya Klik

Monday, September 5, 2016

Asal Usul Nama Kuching .....


  Terdapat dua teori tentang asal usul nama Kuching. Teori yang pertama ialah dari Kucing atau Pusak dalam bahasa Sarawak. Yang menghairankan nama Kucing tidak pernah di tuturkan oleh orang di Kuching pada masa itu. Ini sekaligus menolok terus teori ini.

  Teori yang kedua pula ialah dari nama sebuah bukit yang bernama Bukit Mata Kucing. Ramai yang berpendapat dari sinilah nama Kuching berasal. Bagi saya teori ini masih boleh di ikuti. Namun tidak begitu tepat bagi saya.

     Dan teori yang terbaru mungkin agak mengejutkan. Nama Bandaraya Kuching berasal dari nama sebuah anak sungai di Sungai Sarawak yang bernama Sungai Kuching. dan mungkin ini yang telah memberi nama Bandaraya Kuching??????

Wednesday, August 10, 2016

Perabangan ... Sedikit Pencerahan..

     Abang di dalam Alam Melayu bermaksud yang paling tua...  Dan yang paling tua semestinya yang paling berwibawa dan penerus tradisi keluarga Melayu.

    Kesinambungan sesuatu Kesultanan selalunya akan di teruskan oleh Abang sulung dan akan menjadi penerus sesebuah kesultanan.

   Meletakkan nama Abang di hadapan sesuatu nama banyak memberi tanda tanya. Apakah yang menyebabkan Perabangan muncul? Atau apakah rahsia di sebalik nama tersebut? Banyak teori yang telah diberikan oleh Ahli Sejarah tentang asal usul Abang. Namun amat sukar bagi saya menerima teori tersebut.

   Perabangan di Sarawak boleh dibahagikan kepada dua jenis. Perabangan yang pertama berasal dari keturunan Merpati Jepang. Keturunannya menguasai kepimpinan di sekitar Kuching Samarahan. Antara pemimpin yang berasal dari keturunan ini ialah Datu Abang Ali, Datu Abang Bolhassan, Temenggung Abang Mersal dll.

      Perabangan yang kedua lebih unik, Perabangan ini berasal dari darah Minangkabau dimana ia berasal dari Dato Godam di mana darahnya adalah campuran Minangkabau, Belanda dan Melayu Brunei. Keturunannya banyak menguasai kepimpinan di Sri Aman, Betong dan sekitarnya. Di antara perabangan yang terkenal ialah Abang Aing dll.

    Sekian sahaja dari saya. Maaf sekiranya ada fakta yang tidak betul.
   




Sunday, February 21, 2016

Bahasa Sarawak Berasal dari Pulau Bangka Belitung?

Tidak di sangka sangka, Bahasa Sarawak mungkin pencampuran pelbagai bahasa. Dan tidak di sangka di Pulau Bangka Belitung. Kedudukannya yang berdekatan dengan Palembang mungkin menguatkan asal usul Datu Merpati ialah dari kepulauan Sumatera.

Apa apapun kita boleh saksikan video ini.


Tuesday, February 16, 2016

Kampung Boyan

Mungkin ada di antara mereka ini sudah lupa akan asal usul nama kampung mereka.
Di sini, saya ingin menghuraikan sedikat asal usul nama kampung mereka.

KAMPUNG BOYAN

Nama kampung di kawasan pinggir Sungai Sarawak ini banyak mengambil dari nama asal usul mereka. Nama kampung Boyan di ambil dari sebuah pulau di utara Pulau Jawa. Pulau itu di kenali sebagai Pulau Bawaen ( Boyan) . Ini adalah kedudukan pulau tersebut.



Masa perpindahan mereka ke Kuching berkemungkinan ketika Polisi Keluarga Brooke yang mula mengambil tenaga kerja dari luar untuk membangunkan Sarawak.

Perjalanan mereka ke Kuching berkemungkinan melalui laut atau melalui darat menggunakan Kalimantan.



Kebanyakan mereka terus menetap di Kuching dan membuka semua kampung di pinggir Sungai Sarawak di namakan Kampung Boyan.

Monday, September 21, 2015

Sedikit Bingkisan Mengenai Hubungan Sheikh Haji Othman Abdul Wahab dan Pulau Natuna.



Pulau Natuna adalah sebuah pulau yang terlalu dekat dengan Sarawak. Bahkan, tutur kata mereka ada seperti bahasa Sarawak. Namun sejarah pemutusan nya berlaku ketika konfrantasi Malaysia Indonesia , Bila Malaysia tidak mempedulikan Pulau ini. Pihak Indonesia meletakkan kapal perang mereka dan pulau ini terus menjadi hak milik Indonesia.

Sejarah ekonomi di Natuna, dapat penulis ringkaskan seperti berikut, bahawa:
Di antara syarikat/perusahaan niaga itu yang masih ada sampai sekarang hanyalah Ahmadi & Co. Midai. Ahmadi & Co. Midai dalam masa yang panjang sangat terkenal, kerana mempunyai cawangan di Singapura, yang banyak menerbitkan pelbagai jenis bahan cetakan.
Perlu juga disentuh di sini bahawa di antara sekian ramai yang memasukkan modal/saham dalam Ahmadi & Co. Midai ataupun cawangan di Singapura, terdapat juga pelabur yang berasal dari Patani dan Kelantan.
Dengan berdirinya Cawangan Ahmadi & Co. Midai di Singapura, atas kebijakan ketuanya Raja Ali bin Raja Muhammad Tengku Nong, bermula dari agen kelapa kering (kopra), hasil laut, dan usaha tenunan kain Terengganu, hingga terkenal sebagai mathba'ah/ press dan penerbit.
Secara tidak langsung, ini bererti mewakili keintelektualan masyarakat Tukong Pulau Tujuh atau sekarang disebut Natuna, di gelanggang dunia niaga serantau. Selain itu seorang ulama besar Sarawak yang terkenal di Mekah, iaitu Sheikh Utsman bin Abdul Wahhab Sarawak pernah memiliki sebidang kebun di Pulau Midai yang diurus oleh Ahmadi & Co. Midai.
Jika kita menoleh kebelakang, pelayaran pada zaman silam yang menggunakan tongkong atau wangkang dari negeri China, perahu ukuran besar yang berasal dari Terengganu, negeri Bugis dan penduduk Natuna sendiri yang melalui Laut China Selatan, sudah pasti akan melalui ataupun singgah di Natuna.
Pada zaman penggunaan tongkong/wangkang atau perahu, peranan kepulauan di Laut China Selatan itu adalah sangat penting terutama untuk mendapatkan bekalan air. Lama kelamaan wujudlah perdagangan antara pelbagai daerah. Bahkan ramai orang-orang Terengganu datang di daerah tersebut untuk berniaga menggandar pelbagai jenis kain, dan ia berjalan hingga tahun 1950an. Syarikah Ahmadi & Co. Midai termasuk perintis awal memiliki sebuah kapal di daerah Natuna yang dinamakan Kapal Karang.
Sepanjang sejarah pelayaran, penggunaan kapal untuk daerah Natuna mengalami dua kali tergendala, yang pertama ialah menjelang perang dunia yang kedua dan beberapa tahun sesudahnya. Keduanya pula ialah ketika terjadi Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1963) berjalan terus hingga beberapa tahun sesudahnya.
Pada masa perang dunia yang kedua, barang makanan banyak dibawa dengan perahu dari Kuala Terengganu dan Kuching, Sarawak. Perhubungan dengan Singapura yang menggunakan kapal boleh dikatakan terputus. Ketika konfrontasi terdapat pertukaran makanan secara garam (illegal) dengan Singapura dan pelabuhan kecil Sematan di Sarawak, yang diangkut dengan motor-motor kecil ukuran mulai 4 tan dan yang paling besar hanya 40 tan. Dalam masa konfrontasi pula mulai banyak hubungan perniagaan dengan Kalimantan Barat melalui pelabuhan Singkawang dan Pemangkat dalam Kabupaten Sambas.
Walaupun selama ini betapa peritnya derita, namun akhir-akhir ini Natuna dipandang sangat berpotensi kerana terdapatnya minyak dan gas. Paling penting pula hasil emas hijau, bunga cengkih, yang mengundang kedatangan pengusaha besar dari Jawa ke Natuna.
Datang pula kapal-kapal dari Taiwan, Hong Kong, dan Thailand memburu ikan di laut Natuna, ada yang secara sah (legal) tetapi lebih banyak yang bercorak illegal. Ada perniagaan ikan hidup, ada ikan mati yang diawetkan. Ada yang langsung ditangkap di laut, ada pula tempat-tempat pemeliharaan. Pendek kata dirumuskan bahawa semuanya serba lengkap dan moden.
Aktiviti Agama Islam
Orang-orang Melayu di keseluruhan Natuna adalah sebagai bumiputera yang datang dari pelbagai tempat: Patani, Semenanjung Malaysia, Kampar/Kuantan (Sumatera), Bugis, Banjar, Sambas, Brunei, dan lain-lain, semua mereka adalah beragama Islam, kecuali orang Pesuku masih animisme. Orang China pula masih menurut tradisi mereka.
Bahawa ulama terawal yang menghasilkan karya yang berasal dari Siantan, Natuna, yang dapat dikesan bernama Sheikh Abdul Wahhab Siantan. Karyanya ialah Hikayat Ghulam yang diterjemahkan dari bahasa Arab. Sheikh Abdul Wahhab Siantan adalah guru kepada Raja Ja'far Yang Dipertuan Muda Riau-Lingga ke-6 (1805-1831 M).
Aktiviti penulisan ulama Siantan itu diteruskan lagi oleh dua orang ulama ialah Sheikh Abdullah bin Muhammad Siantan dan yang seorang lagi ialah Sheikh Abdullah bin Abdul Wahhab Siantan. Tidak perlu penulis panjangkan perkara ini kerana pengenalan sejarah mengenai tokoh ulama-ulama tersebut pernah dibicarakan dalam ruangan ini sebelumnya.
Masih ramai ulama dan intelektual Natuna yang belum sempat penulis perkenalkan, namun perlu juga disebutkan bahawa terdapat ulama Natuna yang pernah mengajar di Masjid al-Haram Mekah, seperti Sheikh Muhammad Nasir Pulau.
Salah seorang tokoh pejuang politik Riau yang paling menonjol pada zamannya, ialah Raja Haji Muhammad Yunus Ahmad, iaitu anak kelahiran Pulau Midai, Natuna. Beliau pernah menyelesaikan sebuah karangannya berjudul Panduan Taruna di Ranai, ibu kota Natuna.
Kesimpulan
Dari gambaran di atas, dapat penulis simpulkan bahawa Natuna boleh menjadi satu kawasan perdagangan bersama antara Malaysia, Indonesia dan Thailand yang membentang dari Patani, Kelantan, Terengganu, Natuna dan Sarawak.
Hal ini barangkali dapat kita bandingkan dengan SIJORI (Singapura-Johor-Riau) ataupun seperti kawasan ekonomi di Utara Malaysia yang melibatkan Malaysia, Thailand dan Indonesia. Penghasilan Kabupaten Natuna terutama minyak dan gas juga dapat dimanfaatkan oleh masyarakat Kabupaten Natuna bagi meningkatkan taraf ekonominya.
Oleh kerana dalam Kabupaten Natuna majoriti penduduknya adalah beragama Islam, maka penanganan kepentingan Islam perlu lebih diutamakan dari semua kepentingan dan pembangunan selainnya.
Jika kita menoleh sejarah zaman silam, sejak pemerintahan asal Datuk Kaya hingga bergabung dengan Kesultanan Riau-Lingga-Johor dan Pahang adalah berperanan aktif dalam memasyarakatkan agama Islam


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm#ixzz3mMICivoR 
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tuesday, August 25, 2015

Tanah Ketemenggungan di Sarawak

Apa maksud Ketemenggungan?  Siapa Ketemenggungan?  Ada Temenggung ka di Sarawak. Mungkin itu persoalan yang bermain di fikiran orang Sarawak.
Temenggung adalah jawatan yang diberi oleh Sultan Sultan Brunei kepada anak cucu Datu Merpati Jepang untuk menjaga kawasan utara Kuching.
Banyak jasa Temenggung di dalam Sejarah Sarawak dari Sarawak yang kecik sehingga ke Sarawak ke hari ini.
Salah seorang Temenggung yang terkenal ialah Temenggung Abang Mersal dan anaknya Abang Pata.  Di percayai hubungannya dengan Brooke tidaklah semesra yang di nyatakan kerana Brooke tidak mahu mempercayai mereka 100%.
Namun, pergaduhan kebakaran bandar Kuching,  dimana Cina dari bau menyerang bandar Kuching menidakkan semua ini.   Ini kerana Abang Pata telah datang dari kawasan Telaga Air menyelamatkan Brooke dari di bunuh oleh mereka.
Juga pernah saya terbaca.  Temenggung Mersal dan anaknya Abang Pata lah yang pergi ke Singapura untuk memujuk James Brooke membantu mereka melawan penindasan pemungut cukai Brunei.
Sebelum dari itu,  mereka pernah menemui Belanda dan berharap Belanda campur tangan di dalam politik Sarawak ketika itu.
Ok.  Kalau orang tanya di mana tanah Temenggung.  Saya akan menjawab tanah Temenggung ialah dari Lundu,  Telaga Air,  Santin,  Terombol,  Santubong, Pasir Panjang. Pulau2 di sekitarnya dan mungkin juga Pulau Serasan.  (mungkin jika ada bukti di arkib atau arkib di Brunei, mungkin kita boleh mengambil balik pulau ini).
Sekian, terima kasih dari saya. Salam kemerdekaan.

Friday, April 24, 2015

Sejarah Kuil Sri Maha Mariaman Matang

Kuil Sri Maha Mariaman Matang yang merupakan kuil Hindu tertua di negeri ini kini hampir siap sepenuhnya selepas menjalani kerja-kerja pemuliharaan.

Kerja-kerja tersebut yang mula dijalankan pada 2007 menurut jawatankuasa khasnya menelan belanja sebanyak RM500,000.

Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Yong Khoon Seng, kuil tersebut dibina pada 1890-an semasa pemerintahan Vyner Brooke untuk pekerja-pekerja ladang teh dari India.

“Kuil ini dibina sebagai tempat sembahyang untuk pekerja-pekerja dari India yang bekerja di ladang teh.

“Namun demikian, pada 1912, ia (kuil) mula tidak lagi digunakan apabila ladang teh tidak lagi beroperasi dan semua pekerja meninggalkan ladang tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa majlis perasmian kuil tersebut,semalam.

Menurutnya, kuil tersebut kemudiannya dijumpai kembali pada 1968 setelah hilang dari pengetahuan masyarakat Hindu.

Menurut artikel Sarawak Gazzete (30 Jun 1979), masyarakat Bidayuh Matang tahu kedudukan kuil tersebut tetapi mereka tidak tahu bahawa penganut Hindu mencari lokasi kuil tersebut.

Lokasi kuil tersebut dijumpai setelah seorang pemburu berbangsa Bidayuh/Melanau berteduh dari ribut di kuil tersebut pada 1968.

Dia dikatakan membawa balik patung gajah dan dikembalikan pada keesokan harinya atas sebab-sebab tertentu dan peristiwa itu diketahui oleh masyarakat Hindu Matang.

Kuil tersebut kemudiannya dibuka untuk upacara sembahyang pada 4 Disember 1970 dan atas permintaan masyarakat Hindu, ia diambil alih oleh Persatuan Kuil Hindu pada 1976 dan diuruskan oleh sebuah jawatankuasa khas sehingga kini.

Dalam pada itu, semalam, kira-kira 300 penganut agama Hindu dari bandar raya ini mengadakan upacara ‘Maha Kumbbabisegam’ di kuil tersebut bagi memperingati pelopor penanam teh.

Selain itu, upacara tersebut turut bertujuan untuk memperingati Rejimen Punjabi yang pernah berkhidmat di negeri ini suatu masa dahulu.

“Selain mengimbau kenangan sejarah, ia (upacara) juga mengingati sumbangan pasukan keselamatan yang bergelar Rejimen Punjabi.

“Rejimen Punjabi tersebut merupakan sebuah komponen yang merangkumi orang India dan juga orang Eropah dan merupakan sebahagian daripada India,” menurut kenyataan dikeluarkan oleh pihak Persekutuan Pelancongan Sarawak (STF).

STF turut serta dalam upacara tersebut dalam usaha mempromosikan warisan tinggalan sejarah.

Menurut keyataan itu lagi, rejimen tersebut telah dihantar bertugas ke negeri ini pada awal 1940 di bawah perjanjian British 1888 berikutan pengisytiharan Sarawak sebagai negeri yang berdaulat oleh British pada 13 jun 1888.

“Mereka (rejimen) ditugaskan untuk menjalankan tugas keselamatan strategik dan berkaitan dengan pertahanan Sarawak dan membantu pasukan sukarela untuk bertempur dengan tentera Jepun semasa perang dunia kedua.

“Ramai antara mereka terkorban di kem tahanan di Batu Lintang dari 1942 sehingga 1945,” menurut kenyataan tersebut.

Majlis semalam sangat bertuah kerana turut diserikan dengan kehadiran cucu dan cicit Rajah Brooke iaitu James Lionel Brooke dan Jason Brooke untuk memperingati sejarah kuil tersebut.

Sumber : Borneo Post